Sesat Jalan

Bismillah.

Kejadian berlaku semasa saya dalam bas dalam perjalanan ke rumah saya tercinta.

A: Pakcik, macam mana ni pakcik? Saya patut ke Perak. Sekarang saya dah pelik, kenapa saya kat Melaka? Pakcik, tolonglah saya  pakcik. Kat  mana saya nak berhenti ni?

Pakcik: Macamana awak boleh salah naik bas ni? Ni nak ke Johor.

A: Tadi saya naik bas, pakcik tiket tu tak cakap apa-apa pun. Tak cakap pun saya salah naik bas ke apa. Jadi, saya naik je la bas ni.


Baiklah, kejadian ini sebenarnya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Berapa banyak mereka yang mencari-cari jalan kepada tempat tujuan mereka yang sebenar, tapi tiada siapa yang membantu. Tiada siapa yang menunjukkan.
Kalau mahu bertanya, mereka malu. Tapi itulah. Benar kan, malu bertanya sesat jalan.
Lalu, mereka menganggap bahawa "bas" yang mereka pilih itu benar. Jalan yang bas itu bawa adalah jalan yang betul. Sehingga satu hari, terungkaplah rahsia bahawa mereka tersalah jalan. Mereka tersalah memilih bas.

Siapakah yang bertanggungjawab atas kesesatan mereka?
Adakah patut disalahkan mereka sedang mereka tidak tahu?
Atau yang salahnya adalah kita?
Yang tahu dan faham, tapi enggan memberitahu.
Enggan menyampaikan.
Maka, adakah layak kita digelar penyampai kebenaran, pembawa agama Tuhan?
Dan kita sebenarnya orang yang zalim bilamana kita menyembunyikan kebenaran.
Kita zalim bilamana kita membiarkan kesesatan terus berterusan.
Kita zalim!

Setiap saat yang kita bazirkan, setiap saat yang kita habiskan,
kala itu, musuh-musuh Islam sedang bertungkus lumus merencanakan agenda jahiliyyah.

Kalau yang batil berusaha untuk menyesatkan manusia dan membawa manusia ke neraka, mengapa kita yang berada di jalan yang hak culas melakukan kerja kita?
Sampai bila kita mahu berdiam diri dan hanya melihat tanpa ada tindakan?
(lebih ditujukan pada diri yang asyik bermalas-malasan...)

Ayuh, bangkit.
Tegakkan kebenaran.
Allah bersama kita.

Surah Al-Baqarah ayat 140:


Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Nak share lagu. hayati dan fahami liriknya.

lagu feveret .