Spring Trip

Assalamualaikum,

Sudah seminggu berlalu meninggalkan cuti pertengahan penggal bersama sahabat-sahabat tercinta. Kalau nak diungkap rasa rindu dengan trip kita, memang tak mampu diungkap dengan kata-kata.
Kadang-kadang bukan tempat yang membuat kita bahagia dan gembira, tapi orang yang bersama-sama kita.
Tempat biasa pun boleh jadi luar biasa dengan orang yang bukan biasa-biasa di hati saya (Norsyairah, 2015) kan?


Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana sebab setiap perjalanan kita ke tempat yang kita tujui itu terlalu banyak yang hendak diceritakan sebab semuanya sangat menarik. Tempat yang kita singgah mungkinlah tak banyak sebab rezeki untuk bercuti di situ 5 hari dan 2 hari penuh telah digunakan untuk program Negarawan (insha Allah 2 hari yang SANGAT berbaloi :))
Tapi, apa yang banyak adalah mutiara-mutiara pengajaran yang saya belajar daripada sahabat-sahabat semua yang tak dapat untuk ditukar ganti. Pengajaran tentang hidup.


Kalau semua ingat lagi, masa mula-mula sampai, semua orang pun macam tak tahu nak ke mana sebab memang tak rancang sangat. Tapi, alhamdulillah semua orang dengan kumpulan masing-masing dapat singgah tempat lain-lain dan saya percaya mesti banyak sangat benda yang dipelajari. Kumpulan saya sendiri, kami dapat mengenali diri masing-masing dan mula selesa antara satu sama lain. Sebelum ini, kenal sekadar kenal, bukan kenal betul-betul tapi, melalui perjalanan kita, masing-masing tahu, "oh, dia ni macam ni kalau benda jadi gini." "oh, dia ni boleh jadi macam ni kalau tengah takde mood." dan macam-macam lagi yang kita tahu tentang orang yang kita gelar sahabat.

Banyak insiden yang berlaku sepanjang trip yang bila diingat balik sangat melucukan walaupun masa benda jadi, gelabahnya Allah sahaja yang tahu. Mula-mula, beg seorang sahabat tertinggal di suatu tempat. Malam-malam baru perasan. Apa yang menarik, tiada pun yang marah sahabat tersebut. Masing-masing bantu carikan dan ada yang tolong temankan ke tempat beg tersebut tertinggal. Saya rasa terharu sebab masing-masing sanggup tunggu walaupun semua penat dan dah malam. Akhirnya, sahabat saya jumpa juga begnya.

Lepas itu, benda yang rasa macam kelakar tapi tak kelakar masa benda jadi ialah tak pandai nak guna aplikasi Uber. Aplikasi ini membolehkan kita dapat tambang $25 free kalau naik teksi jika ada kodnya. Semua orang dah dapat kod dan disebabkan malam, maka masing-masing pun setuju nak naik teksi sebab barang sangat banyak. Kami beli barang masak untuk 2 hari tambah dengan beg yang kami bawa dari Brisbane, jadi memang tak sesuai kalau nak naik train. Jadi, kami pun setuju nak naik teksi. Saya antara kumpulan pertama yang naik teksi dan sampai ke rumah yang ditujui. Tapi, banyaklah benda jadi. Tambang untuk ke rumah yang ditujui itu agak mahal sebab jauh. Seingat saya dalam $80++. Kami fikir, masing-masing ada $25 free dan kalau kongsi dah $100. Jadi, boleh sahaja dapat free. Tapi, kami tak pandai guna aplikasi tersebut. Sepanjang dalam teksi, semua kalut cari jalan. Ada yang call orang, ada yang cuba berkali-kali untuk guna aplikasi tersebut, ada yang layan driver teksi cakap. Tapi, akhirnya semua kecewa dan hampa. Sampai sahaja di rumah, hanya $25 sahaja yang free, selebihnya kena bayar. Jadi masing-masing kongsi. Disebabkan kumpulan kami tak berjaya nak mendapatkan tambang percuma, mereka yang selebihnya masih di sentral akhirnya naik train sebab semua pun tak pandai guna aplikasi tersebut. Saya tak dapat bayang bagaimana mereka dengan barang yang banyak sangat boleh naik train, menempuh perjalanan yang jauh malam-malam. Mestilah rasa bersalah juga. Kita sedap-sedap naik teksi, mereka terpaksa naik train. Tapi, saya sangat terharu bila masing-masing pun berlapang dada sebab masing-masing tahu, bukan salah sesiapa. Kalian memang hebat! tabik spring :D

Kemudian, sepanjang 2 hari suntuk kami ke program Negarawan.

Selepas selesai program Negarawan, malam tersebut, beberapa orang ditugaskan untuk mengambil kereta untuk digunakan sepanjang trip 2 hari. Tapi, malam tersebut mereka tak balik sebab tak jumpa jalan balik. Dah tak jumpa jalan balik, handphone pula mati tak boleh nak call sesiapa. Dah penat, para pemandu yang berjiwa kental ini pun tidurlah di universiti, ada yang tidur rumah kawan. Esok harinya, baru semua selamat pulang dan masing-masing sangat penat. Kesian sangat saya tengok tapi kalianlah antara orang penting dalam trip ini :)

Kemudian, 2 hari kami berjalan dan belajar.
The rest is history.

kalau dilihat pada mata kasar, terlihat ada garisan horizon di hujung sana. Tapi, apabila kita berlayar ke sana, tidak terjumpa pun mana garisannya dan kita terus berlayar (Mona, 2015). Itulah agaknya hidup, proses belajar berterusan yang tiada garisan penamat melainkan tamatlah riwayat kita.

Benarlah, kadang-kadang bukanlah di mana kita berada tapi dengan siapa kita bersama yang menjadikan sesuatu perkara dalam hidup kita sangat terkesan untuk dikenang.
Saya teringat kata sahabat saya,  "Saya tertanya, do I belong to this group? Tapi, bila semua sudi untuk menghadirkan diri dalam trip kali ini, saya rasa, yes, I'm belong to this group." (Nadhirah, 2015)

And yes, me either. I feel belong to this group.

Sahabat,
Akan ada masa-masa yang kita mungkin bersengketa,
Kita mungkin bermasam muka,
Kita mungkin berburuk sangka,
tapi, sahabat percayalah,
itu semua #bolehsettle bak kata Afini Dini,
dan bila boleh settle,
percayalah,
kalau dah kata sayang dan cinta, tiada lagi "tapi" bak kata Norsyairah.

Norsyairah juga berkata, "untuk kita terima seseorang kerana kelebihannya, itu biasa. Tapi, kalau kita mampu terima seseorang dengan kelemahan-kelemahannya, itulah ukhuwah."

Semua tahu, bahawa kita semua hidup bersama manusia,
memanglah akan ada masa kita lihat sisi-sisi kelemahannya,
tapi adakah itu membuatkan kita meninggalkannya?
Kalau orang lain mampu untuk menerima kelemahan dan kekurangan kita,
kenapa tidak kita?
Manusia, tiada sempurna. Andai mampu kita bantu menutupi kelemahannya dan membantunya mengatasi kelemahannya, buatlah. Kerana percayalah, akan selalu kelemahan kita ditutupi oleh mereka yang ikhlas bersama kita.