Pasti yang Pasti

Assalamualaikum

source: google


Tersentak dari leka yang lama
Berita kematian sangat memberi kesan
Tiada sakit, usia juga muda 
Namun Tuhan lebih sayang

Berapa banyakkah berita kematian yang saban hari kita dengarkan?
Kemalangan, pembunuhan juga kematian yang tiada alasan 
Namun, semuanya dianggap biasa 
Memang sudah ajal katanya

Anehnya, kita semua tahu ajal tidak kira masa, tidak kira sakit, tidak kira usia
Kita semua tahu kematian itu akan datang sama ada kita bersedia tau tidak bersedia
Namun, dibuatnya dunia seolah kita yang punya
Berpoya-poya membuang masa sentiasa
Seolah kita begitu yakin usia kita akan lama

Aduhai alangkah ruginya kita
Sedang dunia hanya sekejap cuma
Satu persinggahan untuk tempat yang lebih lama
Akhirat yang kekal selamanya

Bersyukur kita masih di sini
Menghirup udara atas belas kasihNya
Bagaimana jika pengakhirannya sekejap lagi
Adakah syurga buat kita?

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita untuk sentiasa membaiki diri
Benarlah, kematian itu menghidupkan hati-hati
Yang lama berpenyakit atau sudah mati
Kerana kematian itu sangat pasti.


kita tidak tahu kita di mana.

p/s : ayuh sedekahkan Al-Fatihah buat Syaza Mokhtar, pelajar 19 tahun jurusan International Relation di INTEC Educational College yang meninggal lebih kurang pukul 9 pagi di rumahnya pada 4 Mei 2015. moga Allah merahmati adik ini.