Jangan cepat menghukum orang .

Assalamualaikum ,

dalam hidup ni banyak benda yang kita nampak dan kita terus buat kesimpulan berdasarkan apa yg kita nampak sedangkan kita taktau cerita sebenar .

contoh :


Ada seorang perempuan , umur 15 tahun bawa anaknya yg setahun jalan di market .
Org kata dia tu  perempuan hina , tak suci , tak malu 
Tapi tiada orang tau . . dia dirogol waktu dia umur 13 tahun .


Ada seorang lelaki . dia sangat sangat gemuk .

Orang kata dia tu tak tau jaga diri .
Tapi tiada orang tau . . dia ada penyakit . makan tak makan . setiap hari tambah berat


Ada seorang orang tua . . mata dia buta , telinganya tiada .
Org kata dia tu hodoh , sangat sangat hodoh .
Tp tiada orang tau dia tu askar , hilang mata telinga waktu pertahankan negaranya .


banyak benda dalam dunia ni yang kita nampak , tapi tak bermaksud kita tahu segalanya :)








guys , apa yg korang nampak tak semestinya betul .
apa yg korang lihat tak semestinya benar .
apatah lagi apa yang korang dengar .


jangan cepat berburuk sangka.
jangan cepat membuat kesimpulan
jangan cepat menghukum.


kau , aku , dia atau mereka bukan TUHAN.
kita semua MANUSIA . HAMBA ALLAH yang lemah lagi hina .




sekian.







1 comment:

blog juga said...

Ada orang yang hanya menyatakan pendapatnya tentang suatu perkara yang mungkin berlainan. kemudian dia dihukum sebagai penipu, berlagak, menghasut dan lain-lain.

Kesalahannya mungkin hanya kerana tata bahasanya agak kasar.

Ada juga yang kerana tidak ingin menghukum, lalu tidak ambil bahagian dalam perbincangan. Kerana takut ter-berdosa, lalu tidak buat apa-apa.

Semoga kita sentiasa sedar dan mengaku bahawa semua perbuatan hanya kerana Tuhan Penguasa Seluruh Alam.