Aku Mencintaimu , Sahabat

Assalamualaikum :)
Selamat Hari Ahad ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Sahabatku,
tahukah kamu betapa aku sangat bersyukur dipertemukan denganmu.
tahukah kamu bahawa aku sangat menyayangimu 
meskipun sayangku padamu tidaklah seluat lautan , sebanyak butir pasir di pantai
namun ketahuilah di lubuk hatiku ini ,
kau amat aku kasihi :')

Sahabatku ,
dalam aku mengorak langkah menghadapi pelbagai onak duri dan ranjau dalam hidupku ,
kau selalu ada untuk menemaniku.
mendengar keluh kesahku , menenangkanku.
Terima Kasih Sahabatku .

Sahabatku ,
walaupun sekarang jarang sekali kita berjumpa,
ku harap kau sentiasa mengingatiku dalam setiap doamu.
Aku tidak minta kau untuk merinduiku . cukuplah sekadar bila ada yang menyebut namaku , kau masih ingat bahawa itu adalah aku .

Sahabatku ,
Aku bukanlah sahabat terbaikmu .
Aku bukanlah sahabat yang selalu ada buatmu.
Aku juga mungkin bukanlah sahabat yang kau dambakan selama ini.
Namun , inilah aku .
Inilah sayangku padamu .
Inilah cintaku padamu. seadanya aku .

Sahabatku ,
mungkin akan datang kita tidak lagi bersua muka.
kita tidak lagi bergelak ketawa bersama.
Kita jarang sekali bercerita.
Walau apapun yang terjadi selepas ini,
ingatlah bahawa kita pernah bersama berkongsi cerita , bergelak ketawa dan menangis bersama .

Sahabatku ,
terima kasih atas segala memori kita.
terima kasih atas segala pelukan dan ciuman kasihmu untukku
terima kasih atas segala kerisauanmu terhadapku.
terima kasih atas segala cintamu yg tulus buatku.
terima kasih untuk semuanya.
Semoga Allah akan membalas segala kebaikanmu dan doamu sayangku :')


Sahabatku ,
genggam erat tanganku. Jangan kau lepaskan.
Bila ku jatuh , bangunkan aku
Bila ku lupa , ingatkan aku
Bila ku salah , betulkan aku
kerana kau sahabat . maka ku ingin bersamamu hingga ke syurgaNya.

AKU MENCINTAIMU SAHABAT.
ANA UHIBBUKI FILLAH.
Semoga Allah redha dengan persahabatan kita .

Salam sayang penuh cinta ,
Nurul Azzura Binti Mohamad Jafri 


p/s : Kadang-2 kita terlalu mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan pasangan hidup hingga lupa untuk mencari sahabat yang solehah yang mengingatkan kita dengan Allah. #Muhasabah.

Mari Berfikir Sejenak :)


Assalamualaikum :)



suka sangat lagu ni.
cuba dengar :)


Hari ini saya rasa nak ajak awak awak awak semua berfikir :)
lagipun ilmu yang saya dapat dari buku yang tak seberapa ni apa salahnya dikongsi kan ?


Bismillahirrahmanirrahim .
Cuba kita bayangkan apa akan jadi kat dunia ni jika matahari, bumi , bulan , tumbuh-tumbuhan semuanya seperti manusia yang ingkar pada aturan Allah .
apa akan jadi ?

Bumi tiba-tiba berkeras taknak ikut perintah Allah untuk putar pada orbitnya
Matahari tiba-tiba tak jaga jaraknya dengan bumi. tiba-tiba dia ikut nafsu nk mendekat dengan bumi.
haa, apa jadi pada kita ? hangussss terbakor.
hancur segala tanaman semua. malah hidupan juga boleh mati.
kann ? 
betul tak apa saya cakap ni ?

okay, oksigen pulak.
kita belajar sains . kandungan oksigen dalam udara adalah 21%
kenapa tak lebih sikit ? 22% ke 23% ke.
takpun kenapa tak 20% ke 19% ?
ternyata. kajian saintis menunjukkan bahawa kandungan oksigen 21% itu sangat cantik. kerana kalau terlebih waima 1% pun , maka terbakarlah hidupan kat dunia ni. kenapa ?
okay. bukankah kita belajar chemistry bahawa oxygen is needed for combustion. *wink*
dan kalau oksigen itu terkurang waima 1% pun , maka hidupan akan mengalami kesukaran bernafas kerana kandungan oksigen tidak mencukupi.
Subhanallah. Allahuakbar. hebatnya Allah yang mengatur hidupan di dunia ini.

okay. itu saja contoh. 
jadi, cuba awak fikir balik. 
Allah yang mengatur semua hidupan kan ? Jadi , bukankah Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik. Kann ?

Jadi, kenapa awak, saya , kita semua ingkar kepada Allah.
kepada hukumnya ? kenapa ?
bukankah hukum Allah itu juga adalah untuk kebaikan kita ?
kenapa kita kena solat ?
adakah untuk kebaikan Allah ?
semestinya tidak. meskipun satu dunia tak menyembah Allah.
sedikit kemudaratan pun tidak terkena pada Allah. kerana apa?
kerana DIA tetap Tuhan yang Maha Segalanya.
tapi yang rugi itu kita. kita yang rugi. kerana apa?
kerana dalam solat itu terdapat pelbagai kebaikan.
bahkan bila kita solat , bermaksud kita menghargai diri kita sendiri .
Kenapa saya kata begitu ?
Kita dijadikan daripada apa? tanah kan ? tanah ada di mana ? di bumi kan?
kalau kita sujud , kita sujud ke mana ? ke langit atau ke bumi ?
nah. kita sujud ke bumi. ( tapi pastinya menyembah Allah )
secara tidak sedar , kita telah memuliakan diri kita dan kita menghargai diri kita.
belum lagi cakap dari segi sains dan kesihatan . betapa ajaibnya solat itu.
SUBHANALLAH.
jadi, yang mendapat kebaikannya siapa ? kita kan ?
jadi, mengapa ingkar ?

itu baru bab solat . belum lagi bab aurat.
belum lagi bab puasa.

segala yang diperintahkan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
bukan untuk dia. kerana Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang itu sangat menyayangi kita.
Dia yang Maha Besar itu mahu yang terbaik untuk kita.

Wallahualam.
Asiff jiddan jika apa yang saya tulis ada silap di mana-mana.
mohon tegur jika saya silap. :)


p/s : ilham dari buku BATU BATA KEHIDUPAN karya Hilal Asyraf. 
belum habis baca lagi. huhu.