Aku Mencintaimu , Sahabat

Assalamualaikum :)
Selamat Hari Ahad ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Sahabatku,
tahukah kamu betapa aku sangat bersyukur dipertemukan denganmu.
tahukah kamu bahawa aku sangat menyayangimu 
meskipun sayangku padamu tidaklah seluat lautan , sebanyak butir pasir di pantai
namun ketahuilah di lubuk hatiku ini ,
kau amat aku kasihi :')

Sahabatku ,
dalam aku mengorak langkah menghadapi pelbagai onak duri dan ranjau dalam hidupku ,
kau selalu ada untuk menemaniku.
mendengar keluh kesahku , menenangkanku.
Terima Kasih Sahabatku .

Sahabatku ,
walaupun sekarang jarang sekali kita berjumpa,
ku harap kau sentiasa mengingatiku dalam setiap doamu.
Aku tidak minta kau untuk merinduiku . cukuplah sekadar bila ada yang menyebut namaku , kau masih ingat bahawa itu adalah aku .

Sahabatku ,
Aku bukanlah sahabat terbaikmu .
Aku bukanlah sahabat yang selalu ada buatmu.
Aku juga mungkin bukanlah sahabat yang kau dambakan selama ini.
Namun , inilah aku .
Inilah sayangku padamu .
Inilah cintaku padamu. seadanya aku .

Sahabatku ,
mungkin akan datang kita tidak lagi bersua muka.
kita tidak lagi bergelak ketawa bersama.
Kita jarang sekali bercerita.
Walau apapun yang terjadi selepas ini,
ingatlah bahawa kita pernah bersama berkongsi cerita , bergelak ketawa dan menangis bersama .

Sahabatku ,
terima kasih atas segala memori kita.
terima kasih atas segala pelukan dan ciuman kasihmu untukku
terima kasih atas segala kerisauanmu terhadapku.
terima kasih atas segala cintamu yg tulus buatku.
terima kasih untuk semuanya.
Semoga Allah akan membalas segala kebaikanmu dan doamu sayangku :')


Sahabatku ,
genggam erat tanganku. Jangan kau lepaskan.
Bila ku jatuh , bangunkan aku
Bila ku lupa , ingatkan aku
Bila ku salah , betulkan aku
kerana kau sahabat . maka ku ingin bersamamu hingga ke syurgaNya.

AKU MENCINTAIMU SAHABAT.
ANA UHIBBUKI FILLAH.
Semoga Allah redha dengan persahabatan kita .

Salam sayang penuh cinta ,
Nurul Azzura Binti Mohamad Jafri 


p/s : Kadang-2 kita terlalu mencari lelaki yang soleh untuk dijadikan pasangan hidup hingga lupa untuk mencari sahabat yang solehah yang mengingatkan kita dengan Allah. #Muhasabah.

No comments: