Saya Nak Berubah Tapi ...



Assalamualaikum ^^

Pernah tak ada di benak atau hati untuk berubah jadi lebih baik ?
Kalau ada , Alhamdulillah :)
Kalau belum ada, adakan jom. hihi

Memang fitrah manusia inginkan kebaikan.
takda orang yang suka benda jahat.
sedangkan pencuri pun bengang lagi marah bila hartanya dicuri orang.
sedangkan pembunuh pun marah bila orang yang disayang dibunuh.
sedangkan penjahat pun tak suka penjahat.

selalu kan dengar orang-2 yang di penjara selalu nasihatkan,
"Jangan jadi macam saya
nampak tak yang semua orang mengimpikan kehidupan yang baik.
semua orang mengimpikan dunia yang indah.
tipulah kalau ada orang cakap dia suka duduk dalam dunia yang caca-merba.
tipu sana tipu sini. bunuh sana bunuh sini. rompak sana rompak sini.
semua ni menyesakkan. dan tak kena dengan jiwa dan roh kita.
kan?

ok, memang banyak nak berubah.
tapi acapkali juga yang ada di benak itu benda-2 yang merencatkan perubahan tu.
Contoh :


1 - "Saya nak berubah tapi... takut kawan-kawan saya lari"

Em, em, em...  okay, awak , kalau kita berubah jadi lebih baik mesti akan ada kawan-kawan yang menjauhkan diri. takut katanya , kita baik sangat. tak sesuai katanya berkawan dengan dorang. bila jadi macam ni, awak tenang dulu. tarik nafas dalam. kadang memang payah nak terangkan kat dorang. tapi slow-slow. cakap bebaik ngan dorang yang kita nk jadi lebih baik. kalau tak mampu nak cakap, kita buat. Action speaks louder than words kan? Kita tunjuklah bestnyaa jadi lebih baik. tenang je selalu. rasa dilindungi. selamat. 
 mana tau, awak boleh ajak dorang sekali bila dorang tengok macam best je berubah jadi lebih baik? kan best gituu. nak masuk syurga sama-sama kan?

*wink wink*

2 - "Saya nak berubah tapi... takut family cannot accept"

ok, ini memang mujahadah yang agak payah. sebab apapun memang kita selalu letakkan family nombor 1. ye, memang family nombor 1 dan memang kita sayang sangat kat family kita. kita cinta dan kasihkan mereka. oleh sebab itu, kita kenalah bawak family kita pun masuk syurga sekali. mulakan perubahan dari diri kita sendiri. teehee.

"macam senang je kan zura ni cakap"

*cough* ye, memang tak mudah tapi tak mustahil kan ? *senyum*

mungkin kita tak mampu nak cakap sebab kang salah cakap lain pulak jadinya.
makanya, kita BUAT. like what I said before, action speaks louder than words.
percayalah, insha Allah sedikit sebanyak kita boleh nampak perubahan tu. walaupun tak drastik , tapi ada. insha Allah ^^ keep praying to our Lord because He is the one who holds our hearts :)
yang penting usaha kena ada ! 

13:11 ,
For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron.

3 - "Saya nak berubah...tapi belum sampai hidayah la." 

Belum sampai hidayah?  ok, awak, dengar sini. hidayah Allah tu terlalu luas. setiap hari Allah bagi hidayah dia pada manusia melalui ciptaanNya yang indah. hidayah tu ada kat sekeliling kita. cuba cari dan hayati. It's not what we look. It's HOW we look at it. Allah tu sayang sangat kat kita. sebab tu Dia tak biar kita kena tipu dengan dunia. diutuskan Rasulullah untuk tunjuk akhlak yang mulia sebagai seorang insan. Diciptakan alam yang indah untuk manusia memikirkan siapa penciptaNya. kalau nak sebut satu-satu nikmat yang Allah bagi, kasih sayang yang tak berbelah  bagi , memang tak cukup untuk ditulis. 

It's time to wake up, people 
hidayah perlu dicari. kalau dah dapat, terus grab , jangan biar hilang lagi. :)


4 - "Ala dia tu bolehlah baik , keluarga dia pun islamik. Ala, dia tu bolehlah baik, dia budak sekolah agama. Ala, dia tu bolehlah baik sebab dia memang dilahirkan baik" and the list goes on...

Hamboi, banyak betui alasan. kikiki. alasan-2 yang dulu pernah saya bermonolog sendiri
cuba awak selak buku sirah. kisah para sahabat. cuba tengok kisah Abu Ubaydah Al-Jarrah. cuba tengok kisah Saad Bin Abi Waqqas. awak akan tertunduk malu dengan semua alasan yang awak berikan. paling famous, kisah Saidina Umar Al-Khattab. cuba tengok. renung. reflect diri. 



Sebenarnya, yang banyak itu alasan.
para sahabat dah tunjukkan contoh. Rasulullah dah tunjukkan contoh. 
it's your choice now. choose wisely. and stop giving excuses.

lets change !

Saya bukan hanya NAK berubah tapi... SAYA PERLU BERUBAH.



jom sama-sama. insha Allah :)

Saya Dan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang menggerakkan jari-jari ini untuk menulis sesuatu di sini. Mudah-mudahan bermanfaat kepada manusia. insha Allah Amiin.

Lama dah tak menulis kat sini. tangan pun menggigil jugak nak menulis ni.
Baiklah. Disebabkan esok bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia. Maka, saya pun nak menulislah tentang SPM. untuk berkongsi pengalaman juga sedikit iktibar yang boleh diambil.


Mereka mengatakan bahawa SPM itu segalanya.
Kunci kepada masa hadapan.
Tidak. Tidaklah aku menafikan.
Memang itu salah satu kunci masa hadapan
Oleh itu, bersungguhlah kamu.

Belajarlah dengan sesungguhnya.
Moga Allah memberikan yang terbaik untukmu,
Sungguh, usaha itu mampu kita kawal.
Namun , keputusannya bukan dalam kawalan kita.

Perasaan gementar, takut itu perkara normal.
Saya juga merasakan hal yang sama pada ketika itu.
Maka serahkan segalanya pada Yang Maha Menenangkan.
Agar dipermudah segala urusanmu.
Robbi Yassir Wa La Tu'asir. Robbi Tammim bi Khair.

Bilamana telah tamat peperiksaan itu.
Ucaplah Alhamdulillah tanda kita bersyukur diberikan kesihatan dan kekuatan untuk bertarung di medan peperiksaan.
Kemudian , rancanglah masa depanmu.
Apa yang kamu inginkan.
Istikharah juga tanya orang sekeliling.
Namun, pada akhirnya, kamu sendiri yang membuat keputusan.

Waktu cuti yang penjang selepas SPM itu,
Manfaatkanlah semaksimum mungkin untuk menimba ilmu
Membangun diri, jiwa dan roh yang selalu ditinggalkan kelaparan.
Jangan,jangan,jangan dibazirkan waktu itu.

Tiba hari yang mendebarkan.
Keputusan diumumkan.
Redhalah dengan keputusan itu.
Usahlah terlalu bergembira.
Jalanmu masih terlalu panjang.
Usah juga terlalu bersedih,
ada hikmah di sebalik semuanya.
SPM bukanlah pengakhirnya.
Ini baru permulaan ke masa depan yang lebih mencabar.
Banyak juga jalan lain yang boleh ditempuh untuk menggapai kejayaan.

Baiklah, nak kongsi cerita pasal SPM yang jadi pada sorang sahabat saya.
Dah minta izin untuk kongsi. sebagai iktibar dan pengajaran ye :)

Dia cerita dulu dia anggap SPM tu everything in her life.
Dia korbankan segala-galanya untuk SPM.
Raya pun dia tak raya. duduk dalam bilik. BACA BUKU.
Buku tu dihafal dari kulit ke kulit.
Boleh dikatakan kalau dia tak dapat straight A's, dia mati.
SPM tu matlamat hidup dia.
waktu ni "zaman gelap" dia.
Dia hidup dalam dunia dia sendiri.
Dia struggle gila-gila sebab dia agak taksub dengan kata-kata "SPM ni segalanya. kalau tak excel dalam SPM, habis masa depan."
sampai macamtu sekali.
Sampailah waktu dapat keputusan.
Alhamdulillah, she got straight A's.
tapi, dia terkaku kat situ. tenung result dia. Dia nangis.
Orang lain menangis kegembiraan.
Dia nangis sebab dia taktau apa yang dia nak buat lepastu.
like what I said,
dia anggap SPM tu matlamat dia.
jadi, dia dah capai dah matlamat dia, lepastu dia dah boleh mati dah.
sebab matlamat dah capai.
but, she's still alive now and share this story with me.
dan dia dah tau matlamat dia sekarang. :)

pengajaran nak cakap kat sini.
SPM tu bukanlah segalanya. SPM juga tak ada kuasa nak tentukan masa depan kita.
SPM hanyalah alat untuk mencapai matlamat.
dah tau matlamat kita apa ?
Matlamat kita ialah : MENUJU KEREDHAAN ALLAH.
kita belajar bagai nak gila tapi kalau matlamat kita hanya dunia, sia-sia.

ingat firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 :
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-KU"

ingat, belajar itu ibadah.
mengambil peperiksaan juga ibadah.
niat semua kerana Allah.
Moga Allah beri apa yang terbaik untuk kita semua. Insha Allah.

nak bagi video Aiman Azlan :)




p/s : Ada lagi peperiksaan yang kita nak excel. Sijil Padang Mahsyar :)
moga sama-sama jumpa di jannah. insha Allah. Allahumma Amiin.
ingat, kita sebagai muslim bukan nak berjaya kosong. kita berjaya biar dengan iman.
berjaya fi dunia wa akhirah :)
sama-sama jom jumpa di puncak kejayaan. All the best for those who are taking SPM :)