Saya Dan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang menggerakkan jari-jari ini untuk menulis sesuatu di sini. Mudah-mudahan bermanfaat kepada manusia. insha Allah Amiin.

Lama dah tak menulis kat sini. tangan pun menggigil jugak nak menulis ni.
Baiklah. Disebabkan esok bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia. Maka, saya pun nak menulislah tentang SPM. untuk berkongsi pengalaman juga sedikit iktibar yang boleh diambil.


Mereka mengatakan bahawa SPM itu segalanya.
Kunci kepada masa hadapan.
Tidak. Tidaklah aku menafikan.
Memang itu salah satu kunci masa hadapan
Oleh itu, bersungguhlah kamu.

Belajarlah dengan sesungguhnya.
Moga Allah memberikan yang terbaik untukmu,
Sungguh, usaha itu mampu kita kawal.
Namun , keputusannya bukan dalam kawalan kita.

Perasaan gementar, takut itu perkara normal.
Saya juga merasakan hal yang sama pada ketika itu.
Maka serahkan segalanya pada Yang Maha Menenangkan.
Agar dipermudah segala urusanmu.
Robbi Yassir Wa La Tu'asir. Robbi Tammim bi Khair.

Bilamana telah tamat peperiksaan itu.
Ucaplah Alhamdulillah tanda kita bersyukur diberikan kesihatan dan kekuatan untuk bertarung di medan peperiksaan.
Kemudian , rancanglah masa depanmu.
Apa yang kamu inginkan.
Istikharah juga tanya orang sekeliling.
Namun, pada akhirnya, kamu sendiri yang membuat keputusan.

Waktu cuti yang penjang selepas SPM itu,
Manfaatkanlah semaksimum mungkin untuk menimba ilmu
Membangun diri, jiwa dan roh yang selalu ditinggalkan kelaparan.
Jangan,jangan,jangan dibazirkan waktu itu.

Tiba hari yang mendebarkan.
Keputusan diumumkan.
Redhalah dengan keputusan itu.
Usahlah terlalu bergembira.
Jalanmu masih terlalu panjang.
Usah juga terlalu bersedih,
ada hikmah di sebalik semuanya.
SPM bukanlah pengakhirnya.
Ini baru permulaan ke masa depan yang lebih mencabar.
Banyak juga jalan lain yang boleh ditempuh untuk menggapai kejayaan.

Baiklah, nak kongsi cerita pasal SPM yang jadi pada sorang sahabat saya.
Dah minta izin untuk kongsi. sebagai iktibar dan pengajaran ye :)

Dia cerita dulu dia anggap SPM tu everything in her life.
Dia korbankan segala-galanya untuk SPM.
Raya pun dia tak raya. duduk dalam bilik. BACA BUKU.
Buku tu dihafal dari kulit ke kulit.
Boleh dikatakan kalau dia tak dapat straight A's, dia mati.
SPM tu matlamat hidup dia.
waktu ni "zaman gelap" dia.
Dia hidup dalam dunia dia sendiri.
Dia struggle gila-gila sebab dia agak taksub dengan kata-kata "SPM ni segalanya. kalau tak excel dalam SPM, habis masa depan."
sampai macamtu sekali.
Sampailah waktu dapat keputusan.
Alhamdulillah, she got straight A's.
tapi, dia terkaku kat situ. tenung result dia. Dia nangis.
Orang lain menangis kegembiraan.
Dia nangis sebab dia taktau apa yang dia nak buat lepastu.
like what I said,
dia anggap SPM tu matlamat dia.
jadi, dia dah capai dah matlamat dia, lepastu dia dah boleh mati dah.
sebab matlamat dah capai.
but, she's still alive now and share this story with me.
dan dia dah tau matlamat dia sekarang. :)

pengajaran nak cakap kat sini.
SPM tu bukanlah segalanya. SPM juga tak ada kuasa nak tentukan masa depan kita.
SPM hanyalah alat untuk mencapai matlamat.
dah tau matlamat kita apa ?
Matlamat kita ialah : MENUJU KEREDHAAN ALLAH.
kita belajar bagai nak gila tapi kalau matlamat kita hanya dunia, sia-sia.

ingat firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 :
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-KU"

ingat, belajar itu ibadah.
mengambil peperiksaan juga ibadah.
niat semua kerana Allah.
Moga Allah beri apa yang terbaik untuk kita semua. Insha Allah.

nak bagi video Aiman Azlan :)




p/s : Ada lagi peperiksaan yang kita nak excel. Sijil Padang Mahsyar :)
moga sama-sama jumpa di jannah. insha Allah. Allahumma Amiin.
ingat, kita sebagai muslim bukan nak berjaya kosong. kita berjaya biar dengan iman.
berjaya fi dunia wa akhirah :)
sama-sama jom jumpa di puncak kejayaan. All the best for those who are taking SPM :) 

No comments: