Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. entry ni sempena nak naik sekolah.
eheh. semoga adik-adik semua semangat , insha Allah !
saya nak ucapkan terima kasih pada adik ezza yang mencetuskan idea untuk saya menulis berdasarkan pertanyaan dia :)
"Assalamualaikum. Kak Zura, hm Boleh tak bagi some nasihat? About, how to be budak bijak maybe? Lol. Seriously Ezza jealous dgn insan-insan yg bijak-bijak ni. Diorg usaha atau anugerah?"
Saya dah pun menjawab. mudah-mudahan adik ezza berpuas hati la hendaknya dengan jawapan yang akak beri ye :)
jadi, saya ingin berkongsi sedikit di sini.
Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. ye, tiada.
bahkan , Rasulullah itu juga berusaha dengan titik peluh dan darahnya yg suci untuk mengembangkan Islam.
Baginda tak hanya duduk bergoyang kaki dan berdoa kepada Allah untuk Islam terus berkembang tetapi sebaliknya Baginda bersusah payah . Kesusahan yang Baginda lalui tidak mampu kita gambarkan. Begitu juga dengan Nabi dan Rasul yang lain .
Dan dari usaha Baginda, susah payah Baginda itulah, datangnya anugerah daripada Allah berupa pengikut-2 yang hebat imannya semasa adanya Baginda dan tamadun Islam yang semua sedia maklum kehebatannya selepas Baginda wafat. Subhanallah. Anugerah Allah itu tak terhenti semasa hidup bahkan selepas kewafatan Baginda juga dan pastinya Syurga itu tempat Baginda. :)
Berbalik kepada soalan tadi. Kebanyakan daripada mereka yang berjaya itu usaha. Tak lupa juga doa ye adik-adik. sebab selamanya kejayaan yang mutlak itu cuma milik Allah. Bukankah ada peribahasa mengatakan " usaha itu tangga kejayaan " ? nah. itulah.
Kalau nak dikatakan "budak-budak bijak" ini anugerah, tidak adil. Tidak adil sebab kita taktau seberapa banyak usaha yang dia buat untuk jadi "bijak".Kalau nak dikatakan anugerah, semua orang mendapat hal yang sama. Akal yang sihat dan tubuh badan yang sempurna . Cumanya, mungkin POTENSI dalam diri setiap orang itu berbeza. Itulah hebatnya Allah. Diciptakan manusia dengan pelbagai kemahiran dan potensi masing-masing untuk saling melengkapkan antara satu sama lain . Tiad.a manusia yang dilahirkan bodoh , cuma mereka mempunyai kebijakan masing-masing. Dan tugas kita ialah mencari potensi kita tu dan gunakan dengan sebetulnya. Baru ohsem !
Dan sesuatu yang agak menyakitkan berlaku dalam masyarakat kita ialah mereka bersikap skeptik. Selalu dikatakan mereka yang belajar sains tulen itu lebih hebat daripada yang belajar sastera. "apa kelassssssss" , katanya. sedangkan kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. bahkan, pelajar yang belajar kemahiran juga hebat. apa yang penting , manfaat buat agama dan ummah !
Saya beri contoh . Seorang pelajar sains tulen, pelajar perubatan. Beliau belajar dan belajar hingga berjaya melayakkan beliau menjadi seorang doktor yang hebat. Beliau menggunakan "logam" yang ada padanya untuk mengubati pesakit dgn ikhlas dan memasang niat untuk menjadi sukarela perubatan di negara-2 yang menuntut para mujahid pergi berperang. Bukankah ini ohsem ya amat ?
Lagi satu. Seorang pelajar sains sastera, pelajar undang-undang. Beliau belajar dan belajar hingga berjaya melayakkan beliau menjadi hakim yang sungguh berkaliber. Beliau menggunakan "logam" yang ada padanya untuk meletakkan yang haq di tempatnya. Juga berazam untuk meletakkan undang-2 Allah di atas segalanya. Bukankah ini yang kita mahukan ?
Lagi, pelajar kemahiran. Belajar kemahiran memasak misalnya. Beliau belajar hingga menjadi seorang chef terkemuka di dunia. Beliau menggunakan bakat yang ada untuk memasak masakan yang halalan thoyyiban dan menyelitkan unsur-2 zikrullah semasa memasak dan mengajar manusia untuk memasak dengan cinta. dimulakan dengan cinta pada Yang Esa. Subhanallah, masakan itu boleh jadi masakan paling sedap di dunia. juga beliau boleh memasak untuk diberi kepada saudara-2 kita yang tak cukup makan di palestin, syria , sebagainya. Bukankah ini kerja mulia ?
Jadi, sebagai ahli masyarakat , jadilah orang yang mengiktiraf semua orang dan hargai semua orang. kerana kita semua saling memerlukan :)
Kemudian, adik ezza tanya , ada yang tak usaha/belajar mana pun tapi result gempak kebaboom. meletup !
haa, cemana tuu.
Bagi saya la, orang yang cakap , dia tak belajar tapi dapat result bagus, itu....itu... menipu rasanya. haha.
Bagi saya, mungkin kita tak nampak mereka belajar depan mata kita tapi belakang kita dia struggle habis. tak pun, fokus dia masa cikgu ajar tu tinggi sampai buat dia tak perlu pun ulangkaji banyak-2 . kan?
ye. bukan sedikit kawan-2 yang saya lihat sangat bersungguh usahanya namun Allah menetapkan rezeki keputusannya tak sebaik mereka yang dikata "bijak". tapi, cuba kita lihat sudut positif. Bukankah itu tanda Allah sayang? Allah nak kita usaha lebih lagi sebab Allah nak bagi kita pahala lebih ! nah, best tuu. sebab kita usaha lebih dengan sabar dan ikhlas dan lagi DIA nak ajar kita erti tawakkal :)
Bukankah "Allah counts efforts not the result" ?
Last but not least , kita sepatutnya tak menyerah dan putus asa bila kita belum berjaya ( I don't like to use the word GAGAL ). Tapi kita usaha lebih dan doa banyak-2 . paling penting , kita patut BERSYUKUR pada Allah. *bkn kerajaan ye* eh?
sebab Allah beri kita peluang untuk tuntut ilmu. saudara-2 kita kat Palestin tu susah payah nak belajar tapi effort mereka nak belajar tu kita pun tak mampu nak tanding .
ok, itu saja yang ingin saya kongsikan di penghujung tahun ini.
kalau nak kongsi pasal konsert RM15 juta malam ini rasa macam menyakitkan hati je. huhu.
baik kongsi pasal ni sempena adik-2 nak sekolah.
Moga bermanfaat !
SEMANGAT . *senyum sambil buat peace*