Ikhlas

Dengan  Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t

Berkenaan ikhlas.
Entah. Kenapa manusia suka nak menilai keikhlasan orang sedangkan ikhlas sendiri pun masih samar-samar lagi.
Kenapa manusia suka membuat andaian sendiri sedangkan diri sendiri pun belum tentu ada nilai di sisi Tuhan.



Seringkali saya dengar kata-kata seperti ini :

"Ala, buat baik tu nak menunjuk la tu dekat orang yang dia tu baik."

"Ala, dia berubah tu mesti nak tackle ustaz la tu. pakai labuh-labuh. dulu tak pulak macamtu."

"Ala, dia tu buat gitu mesti nak sesuatu tu."

ish. busuknya mulut. hmm. *geleng kepala*

Kenapa hati kita ni rasa panas je tengok orang buat baik?
Kenapa hati kita ni tak suka orang buat benda baik?
Kenapa mulut kita ni mudah je nak lemparkan tuduhan yang kita sendiri tak tahu.
Kenapa kita ni senang je nak tambah dosa sebakul sedangkan banyak lagi dosa berbakul-bakul yang tak larat dah kita nak pikul.

berkenaan ikhlas. biar. serahkan pada DIA.
Dia , Allah , Tuhan yang Maha Mengetahui yang jelas mahupun tersembunyi.

Kita, manusia, banyak tak tahu daripada tahu.
yang tahu itupun adalah dalam pengetahuanNya.
cukup. cukuplah kita berburuk sangka dengan manusia.
setidaknya, mereka BUAT kebaikan tu.
Kita, yang mengata ni , tahu CAKAP je. Buatnya TAK ADO pun.
KOSONG. KOSONG.

jadi, marilah kita semua cuba.
cuba untuk melihat kebaikan dalam diri orang sekeliling kita.
jom cuba sama-sama.


" In fact, deeds that are done while showing off are better than abandoning them out of the fear of [showing off].
Similarly, the scholars have preferred the remembrance of God on the tongue with a heedless heart over a heedless heart and tongue combined ! " - Purification of Heart , Hamza Yusuf . chapter OSTENTATION [ riya' ]


konklusinya di sini, kita sebagai masyarakat, jangan suka-suka mahu menghukum orang yang buat baik konon mahu perhatian manusia.
husnudzhon jom. sangka baik pada manusia.
jangan sampai amal kita banyak terhapus diberikan kepada orang yang kita kata.

dan kita pun kena sama-sama cuba untuk ikhlas dalam setiap amal kita.
insha Allah. saling mendoakan dan usaha sama-sama :)



1 comment:

Anonymous said...

Ikhlas adalah antare rahsia terbesar.Bila hilang 'aku' dlm amal ibadah, itulah ikhlas.