Melangkah ke Fasa Baru

Membuat keputusan untuk berkahwin bagi seorang wanita bukan satu benda yang mudah. Mungkin tidak bagi semua wanita tapi sekurang-kurangnya bagi seorang Azzura.

Untuk seorang gadis yang ada "kepala" sendiri, ada masa rasa takut juga kalau-kalau tak boleh memberi penghormatan/ketaatan selayaknya bagi seorang suami. Jadi itu antara soalan yang aku tanyakan pada diri:
"Bolehkah aku taat kepadanya nanti bila dia jadi suami?"

Soalan inilah antara soalan yang aku gunakan untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan sesuatu perhubungan ataupun tidak sebelum ini. Dan takdirNya, tiada yang Dia izinkan. Mungkin Dia juga tahu bahawa aku tak mampu taat pada mereka. Lalu, sebelum ada apa-apa ikatan yg mengikat ketaatan, tidak Dia izinkan. Sama ada dari pihak sini atau sana yang putuskan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas semua rencanaNya. Moga Allah memberi yang terbaik untuk semua hambaNya.

Kemudian, takdirNya menemukan aku dengan seseorang yang akan ku gelar suami, insha Allah dalam waktu kurang 24 jam berbaki (Mohon doa moga semuanya diberkati dan diredhai.) Soalan yang sama aku tanyakan lagi. Tempoh perkenalan aku gunakan sebaiknya untuk memerhati dan memantapkan hati. Alhamdulillah, pada dirinya ada kualiti-kualiti yang aku yakin secara UMUMnya boleh aku serahkan ketaatanku. (Mungkin akan ada masa aku gagal taat, tetapi secara umum, insha Allah dia lelaki yang aku cari)

Untuk kualiti-kualiti tersebut biarlah aku dan dia saja yang tahu
Cumanya, tujuanku coretkan di sini ialah bagi mengingatkan diri sendiri
Bahawa aku telah memilih dia
Atas sebab kebaikan Tuhan
Dan tanpa sebarang paksaan

Maka atas dasar itu, moga bila-bila kami ditimpa ujian atau saling berbalahan
Moga kami sentiasa ingat bahawa
Kami adalah tanda baikNya Tuhan
Dan untuk kesemua ketidaksempurnaan sebagai pasangan
Yang penuh dengan kelemahan
Moga-moga mudah untuk kami saling memaafkan

Takkan mampu cukup syukurku
Atas kurniaNya yang satu ini

Doakan kami. Moga-moga setiap lafaz doa kebaikan yang kalian lantunkan, Tuhan membalas dengan lebih banyak kebaikan untuk kalian.

Selamat melangkah ke fasa baru, Abu Bakar
Moga-moga Allah meredhai langkah kita.











No comments: