Jadi minggu lepas, kali ke-empat jaga anak orang (babysit)
Pertama kali, sesat nak ke rumah orang tersebut.
Kali kedua, anak tersebut menangis bagai didera bila nak mandikan. Masa ini, cuak dia tak payah cerita. Memang cuak teramat. Sampai rasa takut nak mandikan lagi.
Kali ketiga, still no fun with the kids. Waktu ini mungkin terganggu dengan masalah diri sendiri. Tapi memang really feel bad sebab tak mampu nak create the bond with the kids.
Antara masalah yang dikenal pasti:
1. Belum biasa sangat jaga budak.
2. Anak perempuan tersebut berbahasa Arab dan disebabkan dia masih lagi 2 tahun, butir percakapannya kurang jelas. Memang struggle nak faham apa dia nak sebenarnya.
3. Abangnya super protective. Memang tak bagi langsung adik dia nangis. Bagus abang dia tapi memang adik dia akan nangis bila mama dia pergi universiti. Jadi bagaimana?
Disebabkan saya rasa saya perlu juga create the bond with the kids dan rasa perlu mencintai kerja saya, saya pun discuss dengan mama kepada anak-anak tersebut. Saya juga bertanya kepada babysitter lain yang lebih berpengalaman dan juga tanya kepada seorang senior yang mempunyai 3 orang anak.
Jadi, saya pun berazam nak buat lebih baik. Tak boleh nak learned helplessness. Everything needs to be improved. Sekali gagal, bukan bererti gagal selamanya.
Jadi, hari tersebut, saya bawa sebuah buku cerita, colours dan laptop. Kertas A4 saya minta mama mereka.
Okay, jadi sesampainya di rumah, anak 2 tahun tersebut menangis sebab mamanya sudah bersiap ke universiti. Saya biarkan dulu dia menangis. Reaksi normal kanak-kanak yang mempunyai "secure style attachment" dengan ibunya. Kemudian, dia pergi ke abangnya. Waktu ini, saya mula keluarkan colours dan kertas A4, dia mula tertarik dan berhenti menangis. Dia ambil colours tersebut dan conteng kertas A4 sambil senyum dan ketawa dengan imaginasinya. Mulutnya mengomel bercerita tentang sesuatu yang tak mampu saya faham. Tangannya menunjuk-nunjuk contengan yang dia buat. Bahagia. Abangnya turut serta melukis. Dan seperti biasa dia bercerita dan saya mendengar walaupun tak faham jalan cerita. (Abang dia sangat fasih berbahasa inggeris)
lukisan Juju(adik) yang berusia 2 tahun
Lukisan Mesho (abang) yang berusia 5 tahun
Kemudian, saya buka laptop dan buka youtube lagu kanak-kanak "twinkle twinkle little star". Menyanyi dan menari bersama Juju.
Juju ralit dengan youtube
Abangnya seperti tak berminat. Abangnya sangat suka bermain dengan gadget. Saya pun cuba engage. Saya cakap-cakap dengan dia tentang permainan dia. Saya ajak main benda lain tapi dia kata dia busy. Ok takpe. Biar dia main game dulu. Saya melayan Juju dahulu.
Entah bagaimana tiba-tiba abangnya mengajak main hide and seek. Seronok juga main dengan budak-budak. Comel. Dan abang dia ajak main racing car juga. Raikanlah kecenderungan kanak-kanak lelaki. Seronok juga sebenarnya dapat main dengan mereka. Rasa bahagia dengan kerja.
Abang yang pemalu tapi banyak juga cakap.
Kemudian, saya bacakan buku cerita pada adik dia. Tapi sekejap sahaja sebab dia tak berminat. Kami pun tonton televisyen sambil saya cuba buat interaction dengan mereka. Dan alhamdulillah, everything went well and better from the other weeks. Harap minggu-minggu mendatang, saya terus mampu engage dengan mereka dan anggap seperti keluarga sendiri.
Juju menonton televisyen
Apa yang saya belajar, kids treat us the way they are treated. Kids see and imitate what adults do.
We are the one who needs to create fun things to do with them. Thanks a lot to moms who share tips with me and also experienced babysitters.
p/s: I was thinking, kalau tak dapat kerja balik Malaysia nanti, nak jadi babysitter pun okay. Haha.