Lama juga tak menulis di blog. Hari ini rasa nak cerita sikit pasal psikologi.
Disclaimer: this is personal opinion. Everyone might have a different opinion.
credit: google image
First of all, the definition of psychology is the study of mind and behaviour. Well, there are a lot other definition of psychology but this is a general definition worldwide.
Studying psychology somehow really fun but tiring. Like seriously, sometimes my brain would be exhausted to study about humans. Pernah je rasa macam "kenapa la manusia ni pelik-pelik sangat =_="
Terms yang digunakan pun rasa macam banyaknya. Itu belum lagi masuk experiment dan baca jurnal. Lagi penat nak hadam. Seronok dapat tahu dari pelbagai perspektif tapi kadang tu belajar psikologi ni agak menakutkan.
Sebab apa menakutkan? Sebab kadang-kadang tu boleh sahaja kita (saya je mungkin?) terpengaruh dengan idea yang dibawa kalau hanya difikir dari sudut logik yang terbatas. Kita rasa macam baik dan boleh diaplikasikan tapi ternyata jauh menyimpang. Ternyata baik pada pandangan kita belum tentu baik dari sudut syaraknya. Sebab itu memang kalau belajar psikologi, bagi saya, perlu sangat ada asas yang kuat dan support system yang saling mengingatkan. Kalau dalam usrah saya, murobbi selalu ingatkan untuk pandang baik itu dari kaca mata islam bukan kaca mata lain. Sebab kadang-kadang itu senang nak terpengaruh.
Contoh paling mudah, hak asasi manusia. LGBT misalnya. Jika sebelum ini diklasifikasikan sebagai sejenis penyakit mental tapi sekarang dah ditarik balik. Kini ianya normal dan diterima. Bila discuss dengan tutor, tutor cakap ianya ditarik sebab mengikut zaman. Dan orang pun argue yang LGBT bukannya bunuh orang atau cederakan orang pun. Dibuat atas dasar suka sama suka. It should be fine. Somehow, ada sahaja yang menganggap ianya tak salah. Kiranya, hormat pendapat orang lain dan just accept it. Sebetulnya, kita tak patut menyokong tapi pada masa yang sama tak melakukan diskriminasi kekerasan terhadap golongan LGBT kerana apa yang dibenci adalah perbuatannya, bukan orangnya. Apa yang perlu dibuat ialah, approach mereka dan ajak mereka kembali kepada fitrah (dan ini bukanlah mudah). Bukan justeru menyokong dan merasakan pebuatan tersebut bukan satu dosa yang besar. Banyak lagi contoh lain misalnya teori evolusi yang dibawa Darwin. Punyalah cari bukti-bukti yang mengatakan manusia dan primates lain berasal dari satu ancestor yang sama.
Pernah juga baca jurnal sampai pening. Sampai taktahu apa yang dibaca. Terlalu banyak debatnya dan "there is no right or wrong". Pernah la rasa, "aku ni ke yang lambat sangat atau memang jurnal dia memang mencabar?" Bila tanya orang lain, rupanya bukan saya seorang rasa macamtu. Lega sikit.
Satu hari, saya bercerita pada housemate tentang jurnal yang dibaca. Mengadu tak tahu dah nak masukkan evidence apa dalam essay sebab pening. Jurnal ini cakap A, yang lain cakap B, yang lain cakap C, akhirnya yang dimasukkan adalah ABC digoreng dalam satu essay. Lepas mengananalisa jurnal, housemate cakap, "patutlah ada je orang yang sampai sesat bila belajar psikologi"
Dan saya memang jadi takut. Tapi dia cakap lagi, "don't worry zura, we have Al-Quran"
Pagi ramadan tadi, borak dengan kak Huda tentang psikologi. Saya cerita yang belajar psikologi memang kena banyak tapis apa yang masuk dalam minda dan hati. Kakhuda pun cakap dia setuju. Belajar psikologi memang kena take a step back and filter. Memang kena go back to Quran and hadith. Memang kena pandang dari perspektif seorang muslim. Memang kena belajar dengan taqwa dan berhati-hati.
Sebagai contoh, kakhuda cerita sikit pasal subjek judgment and decision making. Kakhuda kata memang kena relate back to Allah and purpose of life. Dan memang teori pun kata bahawa kita takkan mampu nak buat keputusan berdasarkan diri kita sendiri sahaja. Akan sentiasa ada faktor-faktor luar yang mempengaruhi. Sebab itu dalam doa mathurat pun diajar;
"Wahai Tuhanku, jangan Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun dengan kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek daripada itu."
Sebab pada akhirnya, kita takkan mampu tanpa Dia. Kita takmampu. Kita tak mampu untuk selalu membuat keputusan yang menguntungkan semua orang. Kita tak mampu nak buat keputusan dengan adil. Dan hanya pada Allah kita mengharapkan petunjuk agar keputusan yang dibuat mengandungi lebih banyak manfaat daripada mudharat dan lebih baik untuk dunia dan akhirat kita. Kerana kita taktahu tapi Dia Maha Tahu.
Kesimpulannya, belajar psikologi ini seronok bila kita kaitkan kembali dengan Deen yang syumul ini. Dan tidaklah semua psikologi Barat itu buruk belaka kerana banyak sahaja yang sesuai dengan syarak dan boleh diaplikasikan. Cuma perlulah untuk kita tapis dan cari juga support system untuk sama-sama ingatkan kita supaya lihat balik dari perspektif seorang muslim.
Pada akhirnya, kebaikan itu bukanlah pada pandangan kita, tapi pada pandangan Tuhan.
“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka (Al Qur’an), tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.” (QS. Al Mu’minun : 71).
Sekian sahaja borak-borak santai tentang psikologi. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis :D
No comments:
Post a Comment