Sesat Jalan

Bismillah.

Kejadian berlaku semasa saya dalam bas dalam perjalanan ke rumah saya tercinta.

A: Pakcik, macam mana ni pakcik? Saya patut ke Perak. Sekarang saya dah pelik, kenapa saya kat Melaka? Pakcik, tolonglah saya  pakcik. Kat  mana saya nak berhenti ni?

Pakcik: Macamana awak boleh salah naik bas ni? Ni nak ke Johor.

A: Tadi saya naik bas, pakcik tiket tu tak cakap apa-apa pun. Tak cakap pun saya salah naik bas ke apa. Jadi, saya naik je la bas ni.


Baiklah, kejadian ini sebenarnya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Berapa banyak mereka yang mencari-cari jalan kepada tempat tujuan mereka yang sebenar, tapi tiada siapa yang membantu. Tiada siapa yang menunjukkan.
Kalau mahu bertanya, mereka malu. Tapi itulah. Benar kan, malu bertanya sesat jalan.
Lalu, mereka menganggap bahawa "bas" yang mereka pilih itu benar. Jalan yang bas itu bawa adalah jalan yang betul. Sehingga satu hari, terungkaplah rahsia bahawa mereka tersalah jalan. Mereka tersalah memilih bas.

Siapakah yang bertanggungjawab atas kesesatan mereka?
Adakah patut disalahkan mereka sedang mereka tidak tahu?
Atau yang salahnya adalah kita?
Yang tahu dan faham, tapi enggan memberitahu.
Enggan menyampaikan.
Maka, adakah layak kita digelar penyampai kebenaran, pembawa agama Tuhan?
Dan kita sebenarnya orang yang zalim bilamana kita menyembunyikan kebenaran.
Kita zalim bilamana kita membiarkan kesesatan terus berterusan.
Kita zalim!

Setiap saat yang kita bazirkan, setiap saat yang kita habiskan,
kala itu, musuh-musuh Islam sedang bertungkus lumus merencanakan agenda jahiliyyah.

Kalau yang batil berusaha untuk menyesatkan manusia dan membawa manusia ke neraka, mengapa kita yang berada di jalan yang hak culas melakukan kerja kita?
Sampai bila kita mahu berdiam diri dan hanya melihat tanpa ada tindakan?
(lebih ditujukan pada diri yang asyik bermalas-malasan...)

Ayuh, bangkit.
Tegakkan kebenaran.
Allah bersama kita.

Surah Al-Baqarah ayat 140:


Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Nak share lagu. hayati dan fahami liriknya.

lagu feveret .

Sibuk

Assalamualaikum w.b.t



Sahabat, 
Betapa dunia ini terlalu melalaikan kita.
Betapa banyak masa dihabiskan kerananya.
Betapa hidup mati kita seolah untuk dunia.

Sibuk.
Terlalu sibuk dengan berbagai tugasan.
Seolah tiada masa untuk bersama Tuhan.
Seolah masa itu hanya untuk menambahkan lagi wahan.

Mengapa.
Mengapa tiada masa untuk Dia.
Mengapa tiada masa untuk pemilik nyawa.
Mengapa tiada masa untuk akhirat.
Tempat yang dijanjikan istirahat.

Tidakkah kita penat wahai sahabat.
Penat di sini. 
Sakit di sana.
Lelah di sini,
Seksa di sana.

Cukuplah sahabat dengan tipuan dunia ini.
Cukuplah kita dilalaikan.
Bangkitlah kembali.
Kembali kepada Tuhan.

Bukan menidakkan kepentingan dunia.
Betapa Tuhan itu sangat kasih sangat penyayang.
Tidak perlu ditinggalkan dunia.
Cuma, taklukilah ia.
Letaklah dunia di tempatnya yang hak.
Dunia hanya di tangan.
Akhirat di hati.

Bila perlu dilepaskan, kita lepaskan.
Bila perlu digenggam, kita genggam.

Surah Jumuah ayat 10:
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya.


Wallahualam.
Sama-sama muhasabah, sahabat.

Binatang

Assalamualaikum w.b.t



Sebelum kita ke point sebenar entry kali ni, cuba kita fikir, apa perasaan kita bila orang cakap "BINATANG kau!" wah. habis. Ni dah kenapa ni. Siapa dia nak cakap kita binatang. Dan mesti kita fikir yang orang ni betul marah kat aku ni. Apa salah aku? 
Ke kita cuma, "Oh, binatang? ok. Bai" macam takda perasaan. em. macam pelik tu. Takda deria perasaan. 

Ok, berbalik kepada point yang saya nak ketengahkan. 
Alangkan bila manusia marah kat kita dan cakap kita binatang, kita dah rasa macam "Apa kes ni?!" 
Apatah lagi bila ALLAH, Pencipta kita yang cakap kan ?

"APA? like seriously Allah cakap kita binatang?" 

"Eh, tidaklah begitu. Allah cuma kata kita seperti binatang atas kesalahan diri kita. Allah Maha Lembut Maha Pemaaf Maha Penyayang. Takkan dia nak cakap kat hamba DIA yang taat macam tu kan? :)"

Jom tadabbur Surah Al-Aaraf ayat 179 :

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah"

zapp! pedas kan kata-kata ni. Betapa Allah marah dengan orang yang diberi nikmat mata, telinga dan hati tetapi masih tetap mahu ingkar. Adakah kita termasuk dalam kalangan tu? Nauzubillah min zalik. 

Jadi apa perlu kita buat? 
Bukankah kita ini Khalifah dan Abid?
Bukankah kita ini manusia, makhluk Allah paling istimewa?
Lalu kenapa kita nak rendahkan darjat kita seolah binatang, bahkan lebih teruk lagi ?!
Tidak cukupkah kalam Allah untuk buat kita menginsafi diri?
Atau sememangnya memang tak mampu menginsafkan diri kerana dalam sehari, jenguk Al-Quran pun tidak. Allah...

Jalankan tanggungjawab kita.
Yakinlah, Allah sentiasa membantu.

Wallahualam.

nurulazzura
2300
29012014