Kitaran Bodoh

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana dilapangkan masa oleh Allah untuk saya menulis di sini.
Bismillah.

Baiklah, Alhamdulillah saya diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk menghadiri satu program ilmu yang sangat bagus sebanyak dua kali. namanya ISK. apa itu ISK ? ISK tu ialah INI SANGAT KOOL. Ok tak. INI SEJARAH KITA.
Kalau saya nak cerita keseluruhan program di sini, mungkin perlukan masa sebab program ini pun mengambil masa 2 hari untuk selesai. Jadi, saya hanya berkongsi hal yang sangat penting untuk kita semua tahu insha Allah.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah satu perkara yang saya rasa sangat tepat untuk menggambarkan keadaan kita di dunia sekarang.  Saya baru dapat isi penting ini daripada Kak Najwa iaitu berkenaan kitaran bodoh.

Apa itu kitaran bodoh?
Kitaran Bodoh itu begini. Cuba kita kaji balik apa yang kita buat sepanjang hari dan hari minggu.
Sebagai pelajar, pagi pergi sekolah, buat kerja rumah, makan, tidur dan kita terus buat benda sama setiap hari. Perasan ke tidak? Bosan ke tidak?
Sebagai pekerja pun sama. Pagi pergi kerja, balik kerja, penat, balik rumah, makan, tidur.
Sama tak kita macam robot? Tiada tujuan hidup. Orang putih kata "go with the flow"
Hujung minggu pula, apa yang kita buat?
shopping, tengok wayang, berhahu-huha dengan kawan dan sebagainya.
Paling selalu orang buat, tidur. Apa lagi yang paling indah selain tidur bila hari minggu datang kan.
Iyalah, penat kot Isnin sampai Jumaat kerja. Sabtu Ahad lah rehat.

Sekarang nak tanya, inikah tujuan hidup kita?
Kerja, rehat, makan dan tidur.
Cuma itu?
Adakah Allah mencipta kita dengan tujuan bermain-main?

Saksikan video ini:


Baiklah. sudah saksikan?
Alhamdulillah. Refleksi balik pada diri kita. Adakah kita seperti ini?

Kalau kita tak sedar dan faham, kita akan terus buat benda yang sama sampai bila-bila.
Sampai kita sedar dan kita faham tujuan kita dihidupkan. 
Sampai satu tahap, kita akan rasa bosan. Bosan dengan hidup.
Sebab tiada apa benda yang signifikan pun. 
Jadi, kita akan jalani hidup dengan sia-sia.
Habiskan masa begitu sahaja. Habiskan duit begitu sahaja.
Walaupun kita rasa bosan, kita rasa penat , kita akan tetap buat sebab kita rasa benda itu sahaja yang menyeronokkan kita. Kita tidak nampak benda yang lebih besar daripada itu.


Ini kitaran hidup kita. *maaf, buruk ya amat 

Umur kita sehingga 15 tahun sudah habis. Sudah berlalu.
Sekarang ini kita berada di fasa kedua. Umur antara 16-30 tahun. 
pada waktu usia kita beginilah, semangat berkobar-kobar. Pengaruh macam-macam boleh masuk.
Masa inilah , kita kena gunakan akal dan hati kita dengan sangat sangat baik sekali berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH. Dua benda ini paling sangat penting. 
Waktu ini la kita nak cuba banyak benda hatta benda paling bodoh sekalipun kita nak cuba sebab kononnya berdarah muda. 
Dan pada waktu inilah kita nak mencorak hidup kita. Bukan setakat corakkan hidup sampai umur 60 tapi corakkan hidup sampai akhirat. Nampak tak sekarang ni pentingnya umur belasan samapai 20-an tahun ini?

Jadi disebabkan itulah kita perlu matlamat yang jelas, kukuh dan ampuh untuk menentukan hala tuju dan cita-cita kita dan membuahkan akhlak yang hebat juga.

lukisan ni macam lawa sikit sebab dah kali kedua buat . haha.

OK. ini apa? ini macam sel haiwan. 
Apa yang paling penting dalam sel haiwan? Nukleus.
Apa fungsi nukleus? to control the activity of the cell.
Nukleus itu kalau ikut gambar rajah di tengah-tengah. Ini dianalogikan seperti hati. 
Hati ini benda yang paling orang tak nampak. 
Cuma kita dan Allah sahaja yang tahu. Jadi, di sinilah letaknya matlamat hidup kita.
Hati ini dia akan beri kesan pada impian kita dan juga perbuatan/penampilan kita .

Bagaimana?
Baiklah. Contohnya matlamat kita nak jadi penyanyi, maka hobi kita ialah menyanyi dan penampilan kita akan meniru artis.
Tapi, adakah matlamat seperti ini kukuh? 
Adakah pencapaian atas matlamat seperti ini akan memberikan kita ketenangan sepanjang hidup?

Jadi, betapa pentingnya kita betulkan matlamat kita.
Matlamat kita adalah untuk menjadi khalifah serta ahli ibadah yang taat kepada Allah.
Maka, hobi kita ialah buat baik dan impian kita juga adalah syurga Allah yang tertinggi. 
Maka, penampilan kita, perbuatan kita dan akhlak kita mencerminkan apa matlamat kita.

Oleh itu, marilah kita betulkan matlamat kita dan sentiasa perbaharui niat kita.
sebab hati kita ini selalu berubah. Niat kita kadang tergelincir. Maka sama-samalah kita perbaharui niat dan letakkan matlamat yang betul.

Akhir kata, bagaimana kita tak nak berada dalam kitaran bodoh ?
KELUAR dari kitaran bodoh dan BERHENTI menjadi robot.
Kita manusia. dan Allah mencipta kita dengan mulia.
Jangan kita zalimi diri kita. Jangan kita hinakan diri kita.

wallahualam. sekadar perkongsian.
moga bermanfaat. insha Allah .
JOM LARI KELUAR DARI KITARAN BODOH ! :D

1 comment:

Anonymous said...

Unless we dont do something , we are bound to this kitaran bodoh ... but we must make sure everybody else do not involved