Perang Sudah Lama Bermula !

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum mulakan, mari buka tafsir surah Al-Baqarah ayat 120 :

"Dan orang-2 Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yg sebenarnya).' Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."

Sudah terang lagi bersuluh. Sangat jelas dan nyata bahawa orang Yahudi dan Nasrani memang TIDAK AKAN REDHA dengan kita, umat Islam. diulangi TIDAK AKAN REDHA. Matlamat mereka tu sangat jelas nak jatuhkan umat Islam sampai jahanam sejahanamnya. Tapi aneh, kita pula yang seolah tiada jati diri. Mengikuti tanpa memahami. Alangkah murahnya kita. Hanya dijadikan boneka di bumi sendiri. 

Sejarah perang ini sudah lama bermula. Semenjak Nabi Adam a.s diciptakan lagi. Berterusan hingga sekarang. Dan kita memang sedang berperang dengan tentera syaitan. Ye, tentera yang ingin sesatkan kita. 
Sebelum kita teruskan lagi. Jom kita renung semula sejarah. Semasa Nabi Adam diciptakan dan Allah menyuruh semua malaikat dan Iblis tunduk kepadanya tapi Iblis enggan. Lalu, terkutuklah dia dan dia bersumpah untuk menyesatkan manusia kecuali sebahagian kecil. Teknik yang digunakan Iblis untuk menghasut Adam dan Hawa dipaparkan dalam Surah Al-A'araf ayat 20-21 :

"Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (setan) berkata, "Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga) .

"Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, "Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu"

Serangan yang umat Islam kini hadapi bukanlah serangan senjata tetapi yang lebih parah, SERANGAN PEMIKIRAN. 
Menurut sejarah perang pemikiran moden, ia berlaku sejak Perang Salib (1-9)  (1095-1291)
Ekoran kekalahan tentera salib, King Louis IV meninggalkan wasiat sebelum beliau mati :

"Kita kalah dalam peperangan ini sebab tentera Islam berpegang teguh kepada kitab mereka (Al-Qur'an). Mereka berperang nak mati (syahid) manakala kita berperang nak hidup. Jadi kita kena ubah tektik dalam nak mengalahkan mereka. Kita tak usah lagi berperang gunakan senjata tapi kita perangi pegangan mereka. Kita mesti buang Al-Qur'an daripada dada mereka. Percayalah selepas ini kita akan berjaya..."

Dahsyat kan ? Dan inilah rahsia umat Islam sekarang makin lemah dan terus lemah. kerana jauhnya daripada Al-Quran.

Selain itu, pada tahun 1933, dalam satu konferens Missionaries, di Al-Quds, Zwemer berkata :
"Sesungguhnya tugas kalian adalah mengeluarkan 
muslimin dari agamanya supaya dia menjadi seorang
makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah.
Dengan sendirinya dia akan menjadi seorang yang
tidak terikat dengan akhlak yang selama ini menjadi
landasan hidup semua ummat. Dengan sendirinya
generasi muslim berikutnya akan sesuai dengan apa
yang dikehendaki kaum penjajah, tidak mengendahkan
masalah besar senang bersantai-santai dan tertarik
kepada dunia, serta hidup untuk hanya untuk
memuaskan nafsu…” 

Snouck Hungronje  (hebat permainan dia kan ) 

Belum lagi cerita pasal Snouck Hungronje yang sanggup menghafaz Al-Quran, menjadi imam masjid, kahwin dengan anak ulama' semata-mata untuk cari cara jatuhkan Islam. LAGI DAHSYAT !
Kita pula kat sini masih lagi tertipu dengan segala tipu daya. T_T

Mari kita kenal pula cara yang mereka gunakan untuk menyerang fikiran kita. Ia dikenali sebagai 4S dan 4F
1-Sports
2-Smoke
3-Sex
4-Song
5- Female
6-Fun
7-Fashion
8-Food 
Kita pun boleh fikirkan bagaimana mereka menggunakan 4F dan 4S ni sebab sangat sinonim dan sebati kan dalam diri ? 

Jadi sahabat, Apa tugas kita sebagai muslim ?
hanya belajar, kahwin, ada anak kemudian MATI. 
ADAKAH CUMA ITU ?!
TIDAK SAHABAT !
KITA ADA MISI sebelum kita dihancurkan lumat oleh musuh kita. 
bersiap siagalah !
Ingat sahabat, musuh kita takkan pernah berhenti untuk terus memerangi kita
Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 207 :

"..........Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad  dari agamamu,jika mereka sanggup.........."

Jangan biarkan kita jadi pemutus rantaian dakwah Rasulullah dan para sahabat. Betapa peluh dan darah membasahi tubuh mereka demi Islam tercinta dan kita begitu mudah menghancurkan tugas ini .


No comments: