Mengutuk Kegelapan atau Menawarkan Cahaya?

Assalamualaikum.
 
 

Hari demi hari, umat makin derita. Makin disogok dengan penyakit-penyakit yang boleh membunuh semangat dan jiwa orang muda. Berita-berita yang dibaca semua berkisar tentang kerosakan akhlak.
Dunia ini memang sudah tenatkah?

Saya dapat merasa dunia sedang merayu kepada manusia untuk kembali suburkannya.
Kasihan dunia. Dizalimi dan disakiti sebegitu rupa.
Terkadang apabila terlalu biasa dengan berita-berita ini, dah tak mampu untuk rasa apa-apa.
Dan sungguh, perasaan ini sangat bahaya apatah lagi bagi seorang yang menggelarkan dirinya seorang daie. Astaghfirullah.

Sedih. Risau. Gelisah. Semua perasaan bercampur baur dan tak mampu untuk digambarkan.
Melihat manusia ditipu dengan perasaan dan nafsu sendiri, itu sangat sakit.
Ah dunia, engkau yang kejam atau manusia yang zalim?

Masalah umat memang merisaukan. Memang menyedihkan.
Tapi, apa yang lebih menyedihkan ialah kita tidak melakukan apa-apa untuk membaiki.

Betapa terkadang diri ini ingin sangat melihat perubahan yang mendadak.
Ingin melihat dunia kembali diletak atas fitrahnya. Tak sanggup lagi melihat manusia tenggelam dalam lumpur hitam yang membawa kerosakan.
Tapi, apa yang kita lakukan? Itu satu persoalan yang memerlukan jawapan.

Ye, kita tidak mampu untuk mendidik semua orang.
Berkongsi kefahaman yang kita ada bersama dengan mereka bukan suatu benda yang mudah.
Maka, seorang sahabat berkata, "Lihat kembali bagaimana Rasulullah menangani keadaan di Jahiliyyah dulu."

Ye, Sirah. Sirah yang penuh dengan pengajaran yang mengujakan.
Memberi semangat bagi jiwa yang lemah.
Moga Allah kuatkan.

Semoga kita bukan para daie yang hanya tahu bersedih dengan masalah tetapi tidak menggerakkan.
Semoga kita tidak menjadi orang yang hanya mengutuk kegelapan kerana kita sepatutnya menawarkan cahaya dan menunjuk jalan. Moga Allah mudahkan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam wahai jiwa yg tenang.
Bukankah fitrah dunia itu mg begitu?ketidakadilan,keganasan dan berbagai perkara sedih lg?

Cik Zura :) said...

Salam wahai jiwa yang tenang juga :)

tangan-tangan manusia yang telah mencemari dunia. sedangkan dunia penuh dengan binatang dan tumbuhan yg sentiasa bertasbih memuji Allah. tetapi manusia makhluk istimewa yang merosakkannya. jadi, kita kena berusaha utk kembalikan dunia pada tempat asalnya.