Saya tak mahu bercerita tentang tempat yang dilawati kerana bukan semua orang berpeluang ke tempat-tempat yang Allah izinkan untuk saya pergi. Jadi, saya lebih suka bercerita tentang pengajaran sepanjang perjalanan (sebelum, semasa dan selepas)
Sebelum kami pergi ke tempat yang ingin dilawati, pastinya perlu ada perancangan yang rapi. Setelah berbincang dan dipersetujui, saya menjadi AJK logistik dan peralatan. Sungguh, saya sangat cuak bila dipilih menjadi AJK logistik kerana sejujurnya sikap yang tidak teratur dan mudah panik masih ada dalam diri saya. Tapi, Syifa' kata, "bila lagi awak nak belajar?" Memandangkan masing-masing pun sudah ada tugasan malah ada yang diberi tanggungjawab lebih berat, jadi apalah kiranya saya menjadi AJK logistik. Insha Allah, #bendabolehsettle #bendabolehbelajar
Jadi, saya belajar untuk bertenang dan senaraikan barang-barang yang diperlukan. Syukur yang tak terkira kerana sahabat-sahabat pun saling membantu. Ok, sis terharu T_T
Banyaklah benda yang Allah mudahkan. Syukur sangat.
Jadi, saya belajar untuk bertenang dan senaraikan barang-barang yang diperlukan. Syukur yang tak terkira kerana sahabat-sahabat pun saling membantu. Ok, sis terharu T_T
Banyaklah benda yang Allah mudahkan. Syukur sangat.
Sebelum tiba di tempat kem, kami melawat hutan dan berjalan di "walking track" sampai ke air terjun di bawah. Sangat mendamaikan jiwa :)
Adik-adik yang omeyyy. eheh.
Tiba di tempat kem, banyaklah benda jadi, kos yang dipersetujui tiba-tiba naik mendadak sebab orang yang menguruskan berbeza dengan orang yang AJK tempat deal di telefon. Naik mendadak tu daripada $450 kepada $900++ dekat $1000. Maka, kami cuak. Alhamdulillah, Mr David, orang yang memberi diskaun untuk tempat tiba dan menghapuskan kekeliruan, malah kami dapat diskaun lagi. Alhamdulillah :)
Di kem tersebut, kami pasang khemah, masak, bual-bual dan bonding antara satu sama lain. Malam itu, kami buat campfire disertai tazkirah oleh gadis lesung pipit. Cerita sikit pasal tazkirah. Malam tersebut tazkirahnya tentang alam yang mentaati perintah Allah. Api yang tunduk taat pada Allah untuk menghangatkan badan kami yang kesejukan sambil makan marshmellow lembut. Bintang-bintang yang bertaburan di angkasa memberi satu pandangan yang cukup indah. Angin yang lembut meniup tubuh kami. Rumput-rumput yang sudi menampung kami untuk duduk. Semuanya tunduk patuh kepada Allah untuk memberi manfaat kepada kita semua. Lalu, bagaimana pula kita tunduk patuh kepada Allah?
"Hanya kepada ALLAH lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari."
(Ar-Ra'du: 15)
Esoknya, kami bergerak seawal pukul 8 pagi dan bergerak ke Lighthouse. Kemudian, kami ke pantai dan bermain satu permainan bertajuk "Angin Bertiup". Permainan ini bertujuan untuk mencari persamaan antara kita dengan orang lain. Terima kasih Raihan untuk game yang menarik ini. Pengajarannya cukup menyentuh bilamana Raihan menyatakan bahawa dalam permainan ini kita berusaha sungguh-sungguh untuk mencari persamaan dengan orang lain supaya dapat keluar daripada berdiri terasing di tengah bulatan. Bila difikirkan, dalam kehidupan, untuk kita masuk bersama orang lain, kita perlu mencari common ground. Teringat Dr Maszlee Malik dan Dr Hafidzi Mohd Nor dalam konvensyen #negarawan tahun lepas mengatakan, kalau persamaan itu hanya 1% sekalipun, gunakan ia untuk kita mampu bersama-sama bergerak. Masha Allah. Benar sungguh kata-kata Dr. Bayangkan, betapa banyak hati-hati yang mampu kita sentuh bila kita mampu mencari common ground berbanding perbezaan. Dengan common ground yang disepakati, maka perbezaan yang lain tidak memecahkan bahkan menjadi satu perkara yang diraikan selagi tak bertentang dengan syarak. Malah, perbezaan yang bertentang dengan syarak pula mampu untuk kita tepis dengan menegaskan prinsip Islam tanpa menyakiti kerana sudah ada common ground yang kukuh. Suka game ini! :)
housemates dan seorang kakak penyibuk. (kakak nampak macam adik :P)
bergambar di pantai. #tripKITA
Kemudian, sementara menunggu pemandu-pemandu yang cekap, kami duduk-duduk di bangku. Tiba-tiba datang pasangan suami isteri berbangsa India yang merupakan orang Malaysia. Mereka menegur kami dan mengatakan "Everywhere we go, we are proud to say that we are Malaysian. Mana-mana pergi, kita cakap kita orang Malaysia." Baik dan comel je pakcik makcik ini. Mereka datang ke sini untuk melawat anak-anak mereka selama 2 minggu. Bila berbual, baru dapat tahu, pakcik tersebut merupakan salah satu pakar psikiatri di sebuah hospital di Melaka. Nice kan? Apa lagi, bila ada common ground (walaupun psikologi dan psikiatri ada beza tapi ada juga banyak yang sama), saya pun teruja. Banyak juga pertanyaan yang diajukan. Antara yang pakcik cerita ialah bagaimana orang kata dia crazy bila ambil keputusan untuk buat jurusan psikiatri sedangkan pada waktu tersebut tak diperlukan sangat dan belum terkenal pun jurusan tersebut (Saya pun sebenarnya nak ambil psikiatri tapi terhalang sebab orang takut saya jadi gila -___-). Bayangkan, pakcik tersebut dah 75 tahun, jadi keputusan yang dia ambil sewaktu muda itu ternyata sangat optimistik dan futuristik. Pakcik tersebut cakap, dalam negara yang sedang membangun seperti di Malaysia, kadar stress meningkat saban hari. Setiap hari, ada sahaja yang berjumpa pakar psikiatri (walaupun mungkin kesedaran itu belum meluas). Kemudian, makcik yang baik dan santun pun memberi kami nombor telefon bimbitnya dan mengajak kami datang ke rumah bila tiba di Malaysia. Mudah-mudahan dapat singgah rumah pakcik makcik yang nampak sangat muda dan sihat walaupun sudah berusia 75 tahun. Mungkin kerana emosi yang sentiasa mampu terkawal dengan baik dan sikap yang suka senyum juga santun menjadikan tubuh mereka kelihatan muda. Subhanallah. Jom senyum selalu :)
bergambar dengan pakcik makcik yang ramah lagi mesra lagi baik dan santun
Selepas itu, kami bergerak ke air terjun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang merezekikan kami untuk mandi di air terjun. Lama sangat dah tak pergi air terjun. Tapi, di sini saya cuak sikitlah sebab batu-batunya tajam. Adik-adik pula yang kena jaga kakak. Haha. Terima kasih Farina, Wanie, Syidah, Ika dan Farah :) Tapi Alhamdulillah, we made it to the waterfall! Seronok sangat masha Allah. Air terjun tu sejuk dan menenangkan. Cuma sakit sikitlah badan sebab rasa keras juga kena. Di air terjun ini, saya teringat satu ayat:
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah: 74)
Benar kan, di celahan batu itu, ada air yang mengalir dan air yang meluncur jatuh kerana takut akan Allah. Refleksi semula pada diri, sejauhmana kita tuduk dan taat kepada Allah. Mari mencontohi air :)
air terjun :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. A day spent well with these beautiful hearts.
Jazakunallahu khayr kepada Syaz Jalil selaku ketua trip dan AJK-AJK yang terlibat (Syifa' Zameran, Nurain Yusri, Nur Afini Dini Senan, Khadijah Zakaria, Nur Raihan Maarof, Norsyairah Ashamuddin, Nurul Nazihah Nasir), tak lupa juga pemandu-pemandu yang terlibat (Nuurol Syakirah Mohd Zaki, Syahira, Wahida Amran) juga kepada adik-adik yang memberi kepercayaan kepada kami untuk trip kali ini. Terima kasih semua.
Last word, in this warringa, we spent time together. Kuralboo my heart, you all are my koombooyana! (In this cool places, we spent time together. Deep down my heart, you all are my sweetheart!)
Moga Allah tautkan hati-hati kita semua!