Saya merasa sangat perlu untuk saya kongsikan apa yang terkesan di hati saya dalam usrah semalam. Dah lama sebenarnya tak rasa macam ni. Selalunya datang dan balik usrah seperti biasa dan jarang sangat buat revision tentang apa yang dapat melalui usrah. Tapi, rasanya macam nak selalu share apa yang saya dapat supaya meresap sampai ke hati kerana sepatutnya Tarbiyah itu mengubah manusia menjadi lebih baik bukan merasa paling baik.
Saya selalu keliru dengan konsep takdir. Saya mengambil masa bertahun untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan takdir hinggalah Tuhan menghantarkan mereka untuk mengajarkan.
Pernah kak Syai memberitahu bahawa setiap sesuatu yang jadi bukanlah definitely suatu cause dan effect. Equation bukan seperti jika kita buat A, kita akan dapat B. Tidak. Sesuatu terjadi dengan izin Tuhan tidak kira baik atau buruk (pada pandangan kita). Sebagai contoh, kita accident dan patah tangan. Adakah patah tangan itu disebabkan oleh accident? Kenapa orang lain accident tak patah tangan pun?
Contoh lain, kenapa ada pasangan berkahwin yang tak dapat anak tapi yang lain dapat anak sedangkan melalui proses yang sama?
Sebenarnya banyak hal dalam hidup yang tak mampu pun kita kawal. Sesuatu terjadi kerana Allah nak ia jadi. Dan sesuatu kejadian itu jadi adalah kerana Allah nak mendekatkan kita padaNya tapi selalu kita tak nampak. (Saya faham memang susah untuk kita faham bahkan saya mengambil masa bertahun-tahun untuk faham.)
Apa yang selalu kita rasa ialah perasaan memberontak. "Kenapa perkara ini jadi dalam hidup aku?" "Kenapa aku tak dapat ini?" "Kenapa kenapa dan kenapa?"
Kita terlalu banyak mempersoalkan hal yang tidak membuahkan amal dan kadangkala membuka ruang seluasnya untuk syaitan mencucuk mengatakan Tuhan tak sayangkan kau, Tuhan meninggalkan kau, Tuhan kejam terhadap kau, Tuhan berlaku zalim terhadap kau.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Sudah berapa lama kita hafal rukun iman ada enam dan salah satunya Beriman kepada Qada' dan Qadar? Dan seberapa dalam kita benar-benar memaknai apa yang kita "imani".
Hingga akhirnya kejadian yang sepatutnya menjadi pengajaran yang Tuhan ajarkan pada kita membuahkan dendam dalam hati kita.
"Zura, dendam itu wujud apabila kita tak redha menerima setiap takdir Tuhan. Sedangkan Tuhan ingin mengajarkan kita sesuatu." -NS
Ayat yang keluar daripada mulut sang murobbi benar-benar menyentuh dan membuat saya berfikir berkali-kali.
"Berapa banyak sebenarnya hadis-hadis mengajarkan tentang berlapang dada? Berapa banyak yang kita benar-benar resapi ke hati? Kadang-kadang kita merasakan orang melakukan kesalahan kepada kita dan kita rasa marah. Tapi, sebenarnya urusan hati dan perasaan marah kita ialah urusan kita dengan Tuhan. Dan antara urusan kita dengan Tuhan juga ialah menjaga hubungan sesama manusia. Tetap kita perlu berbuat baik kepada orang yang kita rasa buat jahat pada kita. Belajar berlapang dada." -NS
Terasa hati disentuh dan ditembak berkali-kali. Lalu saya tanyakan,
"Saya minta maaf sebab selalu buat perangai dalam usrah, sakitkan hati semua orang. Semua orang maafkan saya tak?"
"Zura, urusan hati dan perasaan jangan terlalu difikirkan. Apa-apa perkara yang tak membuahkan amal tinggalkan. Hasan Al-Banna ada tulis dalam syarah usul 20. Adakah bila awak asyik fikir orang maafkan awak ke tidak akan menjadikan iman dan amal awak bertambah?" -NS-
"Ye zura. Bagi saya benda-benda remeh macamni tak bagi kesan pun la. Rilek. Takyah fikir." -AD
"Entah, saya pun rasa ni semua benda kecik je." -NR
Oh Tuhan, bagaimana boleh mereka miliki hati yang sangat lapang?
"Apa yang perlu kita buat ialah cari jalan bagaimana kesalahan-kesalahan yang kita lakukan lebih mendekatkan kita kepada Tuhan supaya ia membuahkan amal." -NS
Dan sebenarnya, memang banyak perkara yang menimbulkan konflik sangat dahsyat apabila kita tak belajar berlapang dada dan jauhkan dari sangkaan.
Contoh paling mudah ialah housemates. Setiap orang ada perangai, fikiran, perasaan masing-masing. Tapi kalau kita tak belajar untuk terima dan saling membantu untuk membaiki diri, maka ukhuwah itu boleh terputus hanya kerana hal yang remeh.
Sebagai contoh, housemate kita dah makan dan letak pinggan dalam sinki tanpa membasuh. Bagi kita benda tu tak patut dan kita bersangka-sangka. "Eh dia ni, common sense la sikit, dah makan basuhlah." Sedangkan bagi pihak dia, dia memang berniat nak basuh tapi dia tak tahan nak buang air. Bahkan dia taktahu pun hal tersebut membuatkan kita marah. Tapi apa yang kita buat ialah bersangka dan kita tak memberitahu pun pada dia bahawa kita tak suka dengan apa yang dia lakukan. Lama-kelamaan kita akan mencari alasan untuk membenarkan sangkaan kita. Ini dalam psikologi kita namakan "confirmation bias".
Kita menidakkan kebaikan yang ada pada dia hanya kerana dia lupa basuh pinggan. Kedengaran tak masuk akal dan kelakar tapi ia jadi. Ia memang berlaku.
Sebenarnya, adakah kerana dia tak basuh pinggan, ukhuwah terputus?
Tidak. Tapi, yang menjadi masalah ialah iman kita. Kita tak belajar berlapang dada dan handle masalah dengan baik. Kita kurang life skills. Kita lebih suka untuk menyalahkan daripada mencari penyelesaian.
Psychology is not about finding faults in others. It's about finding alternatives to make ourselves and others be better from each day. Let us help each other to improve ourselves day by day.
Usrah semalam benar-benar menampar dan menyedarkan diri daripada tidur yang terlalu lama. Moga Tuhan sentiasa mengajarkan kita perkara tentang hidup. Moga Tuhan sentiasa menunjukkan kita semua jalan memahami agama ini. Kadang-kadang kita merasa bahawa aqidah kita sudah sejahtera sedangkan masih ada lompong-lompong besar yang perlu kita isi.
No comments:
Post a Comment