Assalamualaikum,
Hari ini, kami sembang-sembang santai update cerita masing-masing sepanjang minggu. Semua orang masha Allah banyak benda yang dikongsi. Saya sangat terkesan dengan perkongsian tentang syukur.
"Kami semalam buat pancake. Tapi hangpa tau dak nak buat pancake yang cantik tu ada beberapa trial yang kami buat? Adalah dalam 3 keping pancake jadi bentuk macam-macam, dengan hangit lagi. Banyak kejadian di dapur yang orang tak tau."
"Kami pula tak cukup barang nak buat kordial. Kami guna botol untuk kacau. Ada sorang ni dia complain kordial kami tak sedap. Kami boleh je terima untuk improve tapi cara dia reaksi tu buat kami terasa sangat. *dia menunjukkan reaksi meludah sambil cakap "apa ni?!" dan gelak-gelak"
Saya hanya mendengar cerita masing-masing sebab tak berada di tempat kejadian. Diamanahkan untuk mengutip ilmu di tempat lain (insha Allah akan dikongsikan juga nanti sikit-sikit.)
Antara perbincangan kami ialah akhlak terhadap makanan. Apa yang kita faham tentang akhlak terhadap makanan selain baca bismillah sebelum makan dan alhamdulillah selepas selesai?
Saya teringat Salim A. Fillah dalam bukunya Lapis-lapis Keberkahan mengatakan betapa usaha kita untuk mendapat rezeki itu sangat kecil berbanding apa yang dilalui oleh rezeki kita untuk sampai pada kita. Contoh paling mudah ialah garam yang kita nikmati saban hari.
Untuk makan garam yang selalu digunakan dalam masakan itu hanya memerlukan kita untuk keluar bilik dan makan makanan yang dimasak orang lain (ibu, pekerja kedai dsb). Tetapi, bagaimana garam diproses untuk akhirnya sampai ke mulut kita? Sebutir garam yang ditakdirkan Allah untuk menjadi rezeki kita menemui kita dengan menempuh jalan yang dahsyat dan menakjubkan dari lautan, bergeser ke pantai, masuk ke tambak, diangkut ke kilang garam, diangkut ke sana ke mari dari satu pasar ke pasar yang lain, sampai di rumah kita, dimasak oleh ibu kita. Betapa jauh perjalanan garam itu untuk menuruti, mentaati titahnya Allah dalam rangka mengasinkan lidah kita, memberi mineral dalam darah kita.
Belum lagi cerita tentang ayam, lembu dan yang lain yang sanggup mati hanya untuk memberi zat dalam badan kita.
"Lalu, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
(Ar-Rahman: 13)
Sahabat menyambung lagi,
"Ayah saya sangat pantang kalau kita mencela makanan. Awak bayangkan, ayah saya pernah tanya seorang makcik jual nasi lemak, pukul berapa bangun untuk sediakan nasi lemak? Pukul 4 pagi lagi dah bangun. Tapi kita hanya beli berapa ringgit dan dapat nikmatinya. Sebab tu la, jangan pandang rendah pada orang yang jual makanan tepi jalan. Kita taktau apa yang dia lalui untuk buat makanan tersebut dan jual pada kita"
"Betul. Kita ni kadang sebab senang sangat dapat makanan sampai kita tak rasa pun itu satu nikmat. Senang-senang je kita nak cela kata makanan tak sedap dan sebagainya. Saya rasa, daripada kita complain, why not kita yang adjust?"
"Kann, kita ni sangat sangat detail dengan makanan yang hanya bertahan berapa jam dalam badan kita. Banyak sangat resipi dan sebagainya. Kita letak efforts banyak sangat untuk perkara yang bertahan sekejap je. Sampaikan kadang tu takda rasa bersalah pun buang makanan"
Antara akhlak terhadap makanan yang selalu kita lupa ialah tidak mencela makanan. Tahukah kita, pencelaan terhadap makanan juga selalu mengguris hati orang yang menyediakannya?
Saya sangat bersyukur bilamana sepanjang saya duduk di sini, housemates tak pernah complain makanan tak sedap dan mereka sangat menghargai apa yang kita masak dengan makan makanan yang kita masak.
Teringatlah bagaimana seorang kakak ini, beliau adjust nasi yang saya masak sebab keras. Serius, saya takda dengar pun dia marah nasi tersebut keras. Apa yang dia buat ialah adjust nasi tersebut. Dari situ, saya belajar nak masak dengan lebih baik.
Bila fikir balik, sangat berakhlak sikap begini. Betul juga, daripada kita complain, kenapa tak baiki?
Konklusinya, apa yang ingin disampaikan ialah bersyukur dengan setiap perkara dalan hidup kita. We need to start feeling grateful on small things. Do not take the blessings for granted.
Saya tinggalkan tulisan ini dengan video dari Salim A. Fillah
No comments:
Post a Comment