Assalamualaikum,
Memandangkan konvensyen Family Empowerment bakal tiba tak lama lagi, saya merasakan perlunya untuk relate semula isi-isi yang didapatkan dari Konvensyen Negarawan yang lepas.
Saya tanya roomate saya, Syifa' tentang apa hubungkait negarawan dengan baitul muslim.
Syifa' kata, slogan IKRAM Australia ialah Tarbiyah, Khidmah, Negarawan. Konvensyen Tarbiyah dan Khidmah tak sempat kami ikuti memandangkan baru sampai Australia pada Julai 2015. Jadi, hanya sempat ke Konvensyen Negarawan. Ketiga-tiga aspek ini (Tarbiyah, Khidmah dan Negarawan) adalah antara aspek yang perlu ada bagi seorang individu muslim.
Disebabkan telah buat ketiga-tiga konvensyen ini, maka perlulah ke tangga seterusnya dalam maratib amal: baitul muslim.
OK, baru nampak hubungkait: individu muslim yang membentuk baitul muslim.
Tetapi, saya melihat konvensyen yang akan datang ini adalah kerana isu-isu kekeluargaan yang berlaku di Malaysia di mana perlunya didedahkan kepada ikhwah/akhawat di sini bahawa isu-isu tersebut memang ada dan sedang menanah dalam masyarakat di Malaysia. Jadi, apa peranan kita?
OK, berbalik kepada konvensyen negarawan tahun lepas, saya review balik nota-nota yang saya sempat catat dan ingin kongsikan di sini. Moga ada manfaatnya insha Allah.
OK, berbalik kepada konvensyen negarawan tahun lepas, saya review balik nota-nota yang saya sempat catat dan ingin kongsikan di sini. Moga ada manfaatnya insha Allah.
P/s: Jika ada silap di mana-mana catatan, mohon beritahu ye. Jazakumullahu khayr
kredit gambar: FB page IKRAM Australia
Slot Dr Hafidzi Md Noor
Fasa Madinah.
- Lihatlah sejarah secara menyeluruh dengan melihat dari kaca mata orang lain.
- How? Talk to each other. It's good to talk. Or else, we will only champion our perspective and degrading others' perspectives.
- Pegang pada kata : "Aku betul tapi tak mustahil orang lain pun betul" (tak pasti quote dari siapa)
Antara negarawan yang dikagumi ialah Mohammad Natsir (Pak Natsir) yang menjadi Perdana Menteri Indonesia semasa zaman kemerdekaan.
Antara teladan yang boleh dicontohi dari beliau ialah :
- Islam diterjemah dalam kehidupan kerana Islam itu amal. ---> menterjemah hubungan dengan Allah kepada hubungan sesama manusia (habluminallah dan habluminannas)
- Pak Natsir menterjemah konsep Islam sebagai identiti dalam negara.
- Pak Natsir berjaya memadamkan sempadan wilayah, kaum bahkan agama. (sedangkan negara-negara lain pada waktu itu dipaksakan konsep negara bangsa hingga menimbulkan suasana kacau)
-Persoalannya, bagaimana negosiasi yang dibuat hingga berjaya menyatukan 17 wilayah di Indonesia yang sebelum ini autonomous?
Apakah keistimewaannya?
1- Dalam memenangi hati manusia, kita menang tapi pihak satu lagi tak merasa dikalahkan (win-win strategy)
2- Kata beliau, "Saya bukan ingin mendirikan sebuah negara Islam tetapi saya ingin mendirikan sebuah negara berasaskan syariat Islam tetapi kalau rakyat tidak mahu, maka saya juga tidak mahu"
Apa maksud kata-kata beliau?
- Maksudnya ialah kita kena BERUSAHA agar syariat ini diterima dan ia mengambil masa dan perlukan dialog.
Lakukanlah apa yang kita mampu hari ini yang mungkin mustahil untuk kita lakukan esok. Jika sesuatu itu nampak mustahil dilakukan, jangan kata tidak mungkin.
-Kita jauh tertinggal walaupun mendepani zaman.
-Pak Natsir mengambil ibrah daripada negarawan yang unggul (Rasulullah SAW)
- Never start an argument with a dispute
- Framework Rasulullah bila datang Madinah didukung oleh semua orang
- Rasulullah meletakkan sahifah (collective argument) tanpa membezakan kaum dan agama (equitability)
- Tiada kabilah yang protes termasuk bani Israel (kontrak sosial)
- Rasulullah mendidik kita untuk lakukan apa yang diucapkan. Never betray your conviction. Berpegang pada janji.
- Item terpenting dalan perjanjian Hudaibiyah --> tiada peperangan
- Terbukti hikmah yang dilakukan dengan truthful
- Kejujuran itu jelas dan dibuktikan dengan identiti nasional.
kredit gambar: FB page IKRAM Australia
- Jika dilihat pada Islamic Civilization, semuanya terdiri daripada masyarakat majmuk.
Kata Rib'i Amir: "Kami datang untuk membebaskan manusia daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam.
- Islam meletakkan kemuliaan kepada akal kerana kita dapat memahami melalui akal.
- Suatu masa dahulu, paderi memaksa rakyat membayar tarif yang membebankan. Sesiapa yang bawa idea progresif, mereka dituduh sesat. Mereka memaksakan satu fikiran sahaja.
- Kita tak boleh hambat manusia dengan peraturan TANPA kefahaman
- Muslims also have tendency to degrade the function of akal for power because the easiest way to oppress others is through religion (p/s: mungkin boleh tengok video Matlutfi (penunggang agama))
-Kita perlu menilai semula sejarah dengan fikrah Islam supaya pandangan kita adalah pandangan yang segar.
"Islam meletakkan akal sebagai makhluk tertinggi, kerana itulah Islam bukan agama paksaan" - Hamka
Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah Yang Mahatahu tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS an-Nahl [16]: 125)
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Surat al-Baqoroh: 256)
- Tapi sayang, hak manusia untuk mendapatkan kejelasan antara jalan yang benar dan sesat ditutup. Maka, kitalah yang perlu membuka tutupan itu hingga manusia boleh membezakan benar dan salah kerana akal manusia mampu menilai.
Take home message
- Pada hari ini, kita perlu melihat sejarah sebagai panduan. Bukan tafsir bulat-bulat.
Kecintaan kepada tanah air itu fitrah. Adakah orang yang dibesarkan dalam sesebuah negara ingin merosakkannys?
Bahkan boleh jadi, mereka (bukan Melayu) lebih setia dan sayang Malaysia.
Adakah mereka akan mendengar dakwah kita jika awal-awalsudah dilabel macam-macam?
- Kita hidup untuk masa depan. Perlu bersedia untuk menangani cabaran masa depan.
Sibukkan dengan apa yang berlaku SEKARANG bukan apa yang berlaku pada masa lalu.
- Kita akan lebih pantas berjalan dan tangkas menangani persoalan jika kita tak menjadikan sejarah sebagai beban.
___________________________________________________________
kredit gambar: FB page IKRAM Australia
Bismillah.
Dahulu, aku fikir soal negara hanya menambah runsing.
Maka, aku pernah memutuskan untuk tidak mengambil tahu.
Bagiku, itu bukan urusanku,
Itu urusan mereka.
Namun, satu masa aku terfikir,
Bukankah aku juga adalah sebahagian daripada mereka?
Bukankah aku juga menjadi batu-bata yang melengkapkan struktur bangunan masyarakat tercinta?
Lalu, aku mula memasang tekad
Untuk membentuk masyarakat yang hebat
Tapi bagaimana?
Bermula dengan diriku
Kerana aku percaya sebesar-besar benda terbentuk dengan sekecil-kecil perkara.
Ayuh pemuda
Kita mula mengorak langkah
Malaysia menuju negara rahmah!
Nurul Azzura binti Mohamad Jafri
Brisbane