Review buku: Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Assalamualaikum :)
Disebabkan harini ialah hari saya off assignment, maka saya bercadang untuk update blog sebab dah berbulan tak update.

Jadi hari ini saya nak buat review buku "Rembulan Tenggelam di Wajahmu" oleh Tere Liye.


Saya nak menekankan apa yang saya belajar dari buku yang sangat memberi kesan kepada saya sebab ia bercerita tentang kehidupan.

Buku ini kisah fiksi tentang seorang lelaki tua berusia 60 tahun yang bertemu dengan seorang "lelaki dengan wajah menenangkan" ketika dia sedang koma. Saya bayangkan lelaki yg watak utama ini jumpa ketika koma bukanlah manusia biasa (note: ini cerita fiksi) Dan ketika inilah persoalan-persoalan kehidupannya terjawab. 

Apa yang saya belajar?
1. Hidup ini sangat sederhana untuk menggapai bahagia. Iaitu dengan memberi. Memberi sepenuh hati. (Dan ini pun ada juga dalam kajian psikologi tentang "happiness". Kita lebih bahagia jika memberi apa yang kita ada)
2. Kehidupan kita di dunia TIDAKLAH sia-sia. Kehidupan kita mempengaruhi kehidupan orang lain. Bahkan kehidupan kita boleh saja mengubah pengakhiran hidup orang lain. Cumanya, kitalah yang memilih. Pengaruh apa yang kita berikan kepada orang lain? Baikkah atau sebaliknya?
3. Persoalan-persoalan dalam kehidupan kita tidaklah semuanya perlukan jawapan. Kerana kadangkala ketidaktahuan itulah yang terbaik untuk kita. Bermaksud Tuhan melindungi kita daripada tahu mengenai sesuatu perkara
4. Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita, bagaimana teruk pun kita rasa, sebenarnya ada sesuatu yang diajarkan daripada pengalaman tersebut.
5. Setiap apa yang kita lihat pada mata kasar kita mengenai keperibadian seseorang, tidaklah menyeluruh. Kita tak pernah tahu apa yang berlaku dalam hidup seseorang 10 tahun lepas yang menjadikan siapa dia hari ini.
6. Kesyukuran kita dengan sekecil-kecil perkara, boleh menyebabkan kita mendapat kebaikan berganda-ganda (Rujuk surah Ibrahim ayat 7. Ayat favorite saya)
7. Kita tak pernah tahu mana kebaikan kita yang sebenarnya menyelamatkan orang lain daripada kecelakaan. Maka teruslah berbuat baik kerana tidak pernah tiada kebaikan untuk setiap amal kebaikan. 
8. Kecintaan terhadap dunia yang keterlaluan menyebabkan kita tak pernah puas dengan apa yang kita dapatkan dalam kehidupan. (Kajian psikologi tentang happiness mengatakan bahawa manusia kadang-kadang menyangka bahawa apabila kita mendapat apa yang kita inginkan, kita akan bahagia. Ternyata, ia tak semudah itu. Mungkin kita happy bila dapat apa yang kita nak. Tetapi ternyata apa yang kita nak tak selalunya memberi bahagia yang berkekalan). Mungkin kerana kita tak pernah puas dengan dunia.
9. Kita yang memilih untuk menyimpan kesakitan dan dendam dalam hati atau kita memilih untuk memaafkan dengan tenang hati. Kita yang pilih.


Ini adalah antara pengajaran paling terkesan yang mampu saya ingat sampai sekarang. Secara tak langsung, buku tersebut memberi kesan kepada saya dari sudut bagaimana saya memandang kehidupan. 

Dan buku itu mengajarkan bahawa kehidupan itu sangat sederhana.
Terima kasih Tere Liye kerana menulis buku yang memberi sudut pandang berbeza tentang kehidupan. 

Sekian.


No comments: