Appreciation post for Ayah and Ibu

 Assalamualaikum,
Saya jarang tulis tentang ibu dan ayah saya. Tapi, sejak ambil course PSYC3312 (Parenting and Family Psychology), saya reflek banyak perkara.
Ternyata, subjek ini banyak membuka mata saya betapa mencabarnya menjadi seorang ibu dan ayah. Dengan pelbagai ragam anak yang perlu dilayan. Dengan macam-macam demand yang anak mahukan. Dengan bermacam hal yang perlu dikorbankan.

Bila terkenang balik, zaman masa demand lebih-lebih pada ibu dan ayah, rasa macam, “haihh, kenapalah aku buat macamtu”. But things have been done, we cannot fix what has been passed but we can definitely try to improve starting from now.


Syurga yang Selalu Dirindukan J

Cerita yang saya nak cerita mungkin cliché, tapi mungkin ia bermanfaat untuk dikongsikan.
Pengorbanan ibu dan ayah sebenarnya sejak awal lagi, sejak kita masih dalam kandungan ibu dan ayah. 
Saya pernah tanya ibu, apa ibu rasa masa mengandung. Ibu kata sakit sebab ibu ada gastrik. Jadi bila mengandung tu, memang 9 bulan menahan sakit T_T. 
Saya tanya lagi, macamana sakitnya melahirkan, ibu cuma jawab “ibu tak boleh nak describe, cuma orang yang pernah rasa, tahu macamana rasanya.” 
Kemudian, ibu tunjuk lehernya yang terkesan kerana meneran. Ibu kata dia tak reti practice breathing masa bersalin. Yang dia fikir cuma nak anak selamat je. Besarnya pengorbanan ibu..

Lepastu bila dah besar sikit, umur 3 tahun, ibu ayah pernah risau sebab saya hilang (nakal boleh tahan jugak saya ni). Mujur waktu tu ada orang baik hati yang telefon polis sebab jumpa saya. Dan waktu ibu telefon polis, polis kata ada yang kata terjumpa budak hilang. Dan Alhamdulillah, saya dijumpai dan masih ada sampai sekarang. HAHA.

Masa kanak-kanak, ibu layan je saya yang agak demanding. Kalau nak pergi sekolah tadika, tudung tu kalau boleh nak lipat elok-elok. Kalau tak elok, ibu kena pakaikan balik semula. -_-
Bila dah besar sikit, nak beli barang kena mahal. Tak boleh tengok adik-beradik lain beli, nak minta beli juga. Kadang-kadang tu ayah tak mampu pun nak belikan, tapi bila dah masam muka, ayah belikan juga. :(
Menyesal rasa bila ingat balik.

Bila dah remaja sikit, ada la berlaku salahfaham. Saya rasa ibu ayah tak faham saya. Rasa mereka tak sayang saya. Waktu itu jiwa remaja sangat memberontak (waktu ni la keluar usrah -_-). Lepastu, apa yang saya buat ialah duduk nangis dalam bilik. Tak keluar makan, tak sembang. Hmm. Dahsyat jugak la waktu tu. Sampai ibu ayah terasa.
Mana ibu ayah tak terasa, anak buat perangai macamtu kan..

Ayah nak pujuk, ayah belikan A.B.C. lepastu bawa saya ke klinik, risau tengok nangis lama-lama. Takut demam. Tapi, tu masalah yang cari sendiri.
Then, sampai satu hari ni, ayah cakap one-to-one dengan saya. Jarang cakap dengan ayah, tapi waktu tu saya dengar je apa ayah cakap. Ayah kata, “mana ada ibu ayah yang tak sayang anak. Bagi ayah, anak-anak ayah ni nyawa tau.” Dan waktu tu saya dapat lihat ayah hampir menangis. (Oh God, I cannot continue writing T_T).

Ayah jarang sangat terlihat sedih depan anak-anak. Kalau dia tertekan, kesempitan wang ke, ayah cuma akan luahkan pada ibu. Pernah satu hari saya terbaca mesej ayah dengan kawan dia. Ayah tengah sesak wang waktu tu, dan minta tolong kawan ayah. Waktu baca tu, saya cuma diam.
Ayah, takpernah nak khabarkan jerih perih yang dia rasa pada anak-anak.

Ibu pula, sejak anak-anak semakin membesar, selalu ibu rasa sunyi. Saya pernah terjumpa diari yang ibu tulis. Dalam diari tersebut, ibu banyak tulis tentang anak-anak dia. Bagaimana gembira ibu bila anak-anak balik rumah, bagaimana sedih ibu bila anak-anak semua kembali bekerja dan belajar. Dalam diari tersebut, banyak ibu doa untuk setiap satu anak dia.
Ada part di mana ibu tulis di diarinya tentang saya. Ibu sungguh-sungguh doa supaya saya dapat straight A’s dan gapai cita-cita saya untuk belajar ke luar negara. Masa baca tu, rasa ya Allah, betapa sebenarnya mungkin usaha saya tak seberapa tapi berkat doa ibu yang membolehkan saya berada di sini, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Terima kasih ibu :’)


 Jika mahu ditulis lagi, takkan mampu ada perkataan yang dapat saya ungkapkan betapa pemurahnya Tuhan mengurniakan ibu dan ayah yang sebenarnya cukup sempurna buat saya. Takkan ada perkataan terima kasih yang mampu membalas jasa mereka selama mana saya bernafas.

Semoga dengan kefahaman ini, Allah jadikan saya anak yang soleh buat ibu dan ayah. Anak yang sentiasa mendoakan, anak yang sentiasa akan juga selalu contact ibu ayah walau bagaimana sibuk, anak yang sentiasa bersyukur, anak yang akan menjadi asset bagi mereka ke syurga.
Moga jika adanya manfaat tulisan ini yang membuatkan orang lain lebih menghargai ibu bapa dan reflek kembali pengorbanan mereka, semua aliran-aliran amal ini Tuhan alirkan juga buat ibu bapa saya yang saya takkan mampu balas dengan segala harta di dunia.

Sebagai penutup, saya mengajak semua orang yang membaca, ayuhlah sama-sama kita ungkapkan lafaz sayang dan kasih kita pada ibu bapa kita. Ayuhlah kita ungkapkan betapa besar kesyukuran kita memiliki mereka di dunia. Ayuhlah kita sama-sama berusaha menyantuni kedua ibu bapa kita dengan segenap rasa sayang.
Dan ayuhlah, kita sama-sama menghayati doa dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15 dan sama-sama mengamalkannya. Mungkin ini boleh jadi hadiah buat mereka.


“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau ridhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertobat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”

No comments: