Mengutuk Kegelapan atau Menawarkan Cahaya?

Assalamualaikum.
 
 

Hari demi hari, umat makin derita. Makin disogok dengan penyakit-penyakit yang boleh membunuh semangat dan jiwa orang muda. Berita-berita yang dibaca semua berkisar tentang kerosakan akhlak.
Dunia ini memang sudah tenatkah?

Saya dapat merasa dunia sedang merayu kepada manusia untuk kembali suburkannya.
Kasihan dunia. Dizalimi dan disakiti sebegitu rupa.
Terkadang apabila terlalu biasa dengan berita-berita ini, dah tak mampu untuk rasa apa-apa.
Dan sungguh, perasaan ini sangat bahaya apatah lagi bagi seorang yang menggelarkan dirinya seorang daie. Astaghfirullah.

Sedih. Risau. Gelisah. Semua perasaan bercampur baur dan tak mampu untuk digambarkan.
Melihat manusia ditipu dengan perasaan dan nafsu sendiri, itu sangat sakit.
Ah dunia, engkau yang kejam atau manusia yang zalim?

Masalah umat memang merisaukan. Memang menyedihkan.
Tapi, apa yang lebih menyedihkan ialah kita tidak melakukan apa-apa untuk membaiki.

Betapa terkadang diri ini ingin sangat melihat perubahan yang mendadak.
Ingin melihat dunia kembali diletak atas fitrahnya. Tak sanggup lagi melihat manusia tenggelam dalam lumpur hitam yang membawa kerosakan.
Tapi, apa yang kita lakukan? Itu satu persoalan yang memerlukan jawapan.

Ye, kita tidak mampu untuk mendidik semua orang.
Berkongsi kefahaman yang kita ada bersama dengan mereka bukan suatu benda yang mudah.
Maka, seorang sahabat berkata, "Lihat kembali bagaimana Rasulullah menangani keadaan di Jahiliyyah dulu."

Ye, Sirah. Sirah yang penuh dengan pengajaran yang mengujakan.
Memberi semangat bagi jiwa yang lemah.
Moga Allah kuatkan.

Semoga kita bukan para daie yang hanya tahu bersedih dengan masalah tetapi tidak menggerakkan.
Semoga kita tidak menjadi orang yang hanya mengutuk kegelapan kerana kita sepatutnya menawarkan cahaya dan menunjuk jalan. Moga Allah mudahkan.

Belum Tibakah Masanya?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, saya berhadapan dengan konflik dalaman demi mengelakkan tanggungjawab yang perlu digalas. Bahaya betul. Astaghfirullah.

Tapi, memang Allah itu sangat memahami jiwa hambaNya.
Lalu, peringatan demi peringatan diberi beserta jalan yang ditunjuk arahnya. Alhamdulillah.

credit: http://muharikah.com

Merenungi firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 16:
" Belum tibakah masanya bagi orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerim kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang hingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak antara mereka menjadi orang fasik." Surah Al-Hadid:16

Setiap kali daurah (program) ada saja ayat-ayat yang dibaca untuk menjentik kembali hati yang macam nak layu dah. Jujur kata, bila naqibah kata saya dan sahabat lain dah perlu menggalas tanggungjawab menjadi "kakak-kakak" baru, saya mula gelisah. 

"Biar betul? Aku ni join tarbiyyah tak sampai setahun lagi"
" Hish. Benda besar ni. Aku nak tarbiyyah diri pun liat lagi nih."
"Eh, aku boleh ke ni? Banyak kot tak prepare lagi"

Dan macam-macam lagi alasan yang sengaja dibuat bagi mengelakkan tanggungjawab. Walaupun cuma bercakap dengan diri, tapi serius rasa nak lari.

credit: google


Ya Allah, beratnya! Sampai berat kepala dirasa. Kemudian, dalam hati rasa berat, diketuk lagi hati dengan ayat Allah
"Berangkatlah kamu dalam keadaan merasa ringan mahupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." Surah at-Taubah : 41

Mana lagi saya nak elak? Sampai bila saya nak bersenang lenang dalam dunia dakwah tarbiyyah ni?
Sampai bila saya nak terus menerima tanpa memberi? Kedekutnya saya. Sedangkan di luar sana sangat ramai orang yang dahagakan kemanisan dakwah ini. Sangat ramai yang perlukan bimbingan. Boleh jadi jika saya terus mengelak dan melarikan diri, mereka-mereka yang saya tinggalkan menjadi penyebab saya terhalang dari masuk syurga. Nauzubillah.

Bukankah Allah telah memilih kita untuk berada dalam gerakan ini? Sejauh mana saya cuba lari, Allah pasti akan memanggil dengan berbagai cara yang unik hingga membuat saya tak boleh lari.
Lalu, buat apa saya cuba lari kan?
Hadapinya dengan tabah.

I need to always remind myself than this is the right path.
This is the short-cut to Jannah. Allah has showed me the way. So, why do I need the other ways?
May Allah ease my way. May Allah ease our way. insha Allah.
I'm not alone by the way. Why do I'm afraid?


Sesat Jalan

Bismillah.

Kejadian berlaku semasa saya dalam bas dalam perjalanan ke rumah saya tercinta.

A: Pakcik, macam mana ni pakcik? Saya patut ke Perak. Sekarang saya dah pelik, kenapa saya kat Melaka? Pakcik, tolonglah saya  pakcik. Kat  mana saya nak berhenti ni?

Pakcik: Macamana awak boleh salah naik bas ni? Ni nak ke Johor.

A: Tadi saya naik bas, pakcik tiket tu tak cakap apa-apa pun. Tak cakap pun saya salah naik bas ke apa. Jadi, saya naik je la bas ni.


Baiklah, kejadian ini sebenarnya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Berapa banyak mereka yang mencari-cari jalan kepada tempat tujuan mereka yang sebenar, tapi tiada siapa yang membantu. Tiada siapa yang menunjukkan.
Kalau mahu bertanya, mereka malu. Tapi itulah. Benar kan, malu bertanya sesat jalan.
Lalu, mereka menganggap bahawa "bas" yang mereka pilih itu benar. Jalan yang bas itu bawa adalah jalan yang betul. Sehingga satu hari, terungkaplah rahsia bahawa mereka tersalah jalan. Mereka tersalah memilih bas.

Siapakah yang bertanggungjawab atas kesesatan mereka?
Adakah patut disalahkan mereka sedang mereka tidak tahu?
Atau yang salahnya adalah kita?
Yang tahu dan faham, tapi enggan memberitahu.
Enggan menyampaikan.
Maka, adakah layak kita digelar penyampai kebenaran, pembawa agama Tuhan?
Dan kita sebenarnya orang yang zalim bilamana kita menyembunyikan kebenaran.
Kita zalim bilamana kita membiarkan kesesatan terus berterusan.
Kita zalim!

Setiap saat yang kita bazirkan, setiap saat yang kita habiskan,
kala itu, musuh-musuh Islam sedang bertungkus lumus merencanakan agenda jahiliyyah.

Kalau yang batil berusaha untuk menyesatkan manusia dan membawa manusia ke neraka, mengapa kita yang berada di jalan yang hak culas melakukan kerja kita?
Sampai bila kita mahu berdiam diri dan hanya melihat tanpa ada tindakan?
(lebih ditujukan pada diri yang asyik bermalas-malasan...)

Ayuh, bangkit.
Tegakkan kebenaran.
Allah bersama kita.

Surah Al-Baqarah ayat 140:


Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Nak share lagu. hayati dan fahami liriknya.

lagu feveret .