Kisah 1 : Wanita Cantik

Diadaptasi dari kisah sahabat saya yang belajar di New York

source : google


Sedang dia duduk di student centre, datang seorang wanita yang sangat cantik dan seksi. Wanita tersebut menegurnya dan mereka berjabat tangan, berpeluk dan berlaga pipi. Mereka pun mula berbual.

Kemudian, tidak semena-mena wanita cantik tersebut dengan berani bertanya kepada sahabat saya, "kenapa awak berhijab?"

Sahabat saya pun menjelaskan dengan berhati-hati. Alang-alang dah sebut tentang aurat, sahabat saya pun memberitahu bahawa ada batas yang perlu dijaga antara hubungan lelaki dan perempuan.

Wanita seksi tersebut agak terkejut, "Oh really! Nasib baik saya dah jadi perempuan"

 Dan sahabat saya terlebih terkejut beruk dengan kenyataan wanita jadian tersebut.


Pasti yang Pasti

Assalamualaikum

source: google


Tersentak dari leka yang lama
Berita kematian sangat memberi kesan
Tiada sakit, usia juga muda 
Namun Tuhan lebih sayang

Berapa banyakkah berita kematian yang saban hari kita dengarkan?
Kemalangan, pembunuhan juga kematian yang tiada alasan 
Namun, semuanya dianggap biasa 
Memang sudah ajal katanya

Anehnya, kita semua tahu ajal tidak kira masa, tidak kira sakit, tidak kira usia
Kita semua tahu kematian itu akan datang sama ada kita bersedia tau tidak bersedia
Namun, dibuatnya dunia seolah kita yang punya
Berpoya-poya membuang masa sentiasa
Seolah kita begitu yakin usia kita akan lama

Aduhai alangkah ruginya kita
Sedang dunia hanya sekejap cuma
Satu persinggahan untuk tempat yang lebih lama
Akhirat yang kekal selamanya

Bersyukur kita masih di sini
Menghirup udara atas belas kasihNya
Bagaimana jika pengakhirannya sekejap lagi
Adakah syurga buat kita?

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita untuk sentiasa membaiki diri
Benarlah, kematian itu menghidupkan hati-hati
Yang lama berpenyakit atau sudah mati
Kerana kematian itu sangat pasti.


kita tidak tahu kita di mana.

p/s : ayuh sedekahkan Al-Fatihah buat Syaza Mokhtar, pelajar 19 tahun jurusan International Relation di INTEC Educational College yang meninggal lebih kurang pukul 9 pagi di rumahnya pada 4 Mei 2015. moga Allah merahmati adik ini.

We Are Young

Assalamualaikum w.b.t

Siapa pernah dengar lagu "We Are Young" oleh Supergrass? Antara liriknya ialah :

We are young, we run free, keep our teeth nice and clean
See our friends, see the sights, feel alright
We wake up, we go out, smoke a fag, put it out
See our friends, see the sights, feel alright

Kalau kita tengok bait-bait lirik ini, kita dapat simpulkan bahawa orang muda banyak masa. Banyak sangat masa untuk dibazirkan. Setuju? 

Kenapa kita banyak masa? Iya lah, kita cuma perlu fikir tentang diri kita, belajar kita, masa lapang kita. Ya Allah, saya sendiri sebagai pelajar, walau sibuk macam mana pun, mesti ada juga masa yang terbuang. Kalau lihat kawan-kawan, banyak sahaja masa untuk menonton korea, lepak kedai mamak, tonton drama, berhibur, karoeke, tonton wayang, main DOTA dan sebagainya. Jangan tipulah kalau kata kita tak banyak masa. Konon-konon sibuk. Acah saja tu kan?

Pernah tanya tak, siapa sebenarnya anak muda atau pemuda ini? Adakah mereka yang berusia belasan tahun? Atau yang berusia 20-an? Siapa sebenarnya pemuda? Apa peranan kita sebenarnya?
Kalau dilihat sekarang, pemuda seperti hilang identiti. Mereka keliru sama ada mereka masih kanak-kanak kerana masih dalam kategori muda atau mereka sebenarnya sudah dewasa? Lantas, anak muda berkelakuan seperti kanak-kanak yang masih bermain-main dan hidup dengan alamnya sendiri. Lebih suka membazir masa dan terjebak dengan hal yang tidak sepatutnya.   Aneh. 

Saya ingin berkongsi tentang definisi anak muda atau pemuda dari tokoh Islam yang tidak asing lagi, Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna, 

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Ciri-ciri pemuda yang dinyatakan ialah :
1. Keyakinan 
2. Kejujuran
3. Semangat
4. Tindakan

Sifat-sifat pemuda seharusnya seperti singa yang berani bukan kijang yang pengecut dalam kehidupan kita sehari-hari. Sayangnya, pemuda kini dilemah-lembikkan dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya ada dalam kamus hidup mereka. Jati diri semakin hilang dibawa aliran pemikiran yang salah. 
Seorang pemuda sepatutnya ingin berdiri dan dikenali dengan nama sendiri, bukan orang lain. Kita mahu orang memandang kita atas segala yang kita ada bukan merendahkan kita. 

Seorang pemuda seharusnya:

1. Lebih memikirkan orang lain lebih daripada diri sendiri. Saya ada menulisnya di artikel ini : http://cikzura95.blogspot.com/2014/06/how-many-percent-do-we-use-our-brain.html

2. Buat dakwah dengan sebetulnya dari segi niat, cara dan perbuatan


Kita kini ketandusan pemuda yang benar-benar pemuda kerana kita tidak tahu betapa bernilainya kita di mata Allah hinggakan Allah merakamkan tentang pemuda dalam surah Al-Kahfi : 13


إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Allah menyebut secara spesifik perkataan pemuda dan Allah menggunakan perkataan فِتْيَةٌ dan bukannya syabab atau perkataan lain yang juga bermaksud remaja. Kenapa?
Kerana perkataan فِتْيَةٌ bermaksud jiwa pemuda. 
Sebenarnya, pemuda itu bukan terletak pada umur, tapi pada ciri-cirinya.

Cuma, sayanglah, kalau kita yang masih muda dan bertenaga melengah-lengah dan menjadi tua sebelum masanya. Amat rugi. Kerana satu masa, kita juga akan ditanya tentang masa muda kita. 
Selamat menjadi pemuda. Pasakkan langkahmu dan bergeraklah. Pemuda, diri kita begitu berharga. Moga kita tidak merendahkan nilai diri kita. Wallahualam.