Story #4: Babysit

Jadi minggu lepas, kali ke-empat jaga anak orang (babysit)

Pertama kali, sesat nak ke rumah orang tersebut.
Kali kedua, anak tersebut menangis bagai didera bila nak mandikan. Masa ini, cuak dia tak payah cerita. Memang cuak teramat. Sampai rasa takut nak mandikan lagi.
Kali ketiga, still no fun with the kids. Waktu ini mungkin terganggu dengan masalah diri sendiri. Tapi memang really feel bad sebab tak mampu nak create the bond with the kids.

Antara masalah yang dikenal pasti:
1. Belum biasa sangat jaga budak.
2. Anak perempuan tersebut berbahasa Arab dan disebabkan dia masih lagi 2 tahun, butir percakapannya kurang jelas. Memang struggle nak faham apa dia nak sebenarnya.
3. Abangnya super protective. Memang tak bagi langsung adik dia nangis. Bagus abang dia tapi memang adik dia akan nangis bila mama dia pergi universiti. Jadi bagaimana?

Disebabkan saya rasa saya perlu juga create the bond with the kids dan rasa perlu mencintai kerja saya, saya pun discuss dengan mama kepada anak-anak tersebut. Saya juga bertanya kepada babysitter lain yang lebih berpengalaman dan juga tanya kepada seorang senior yang mempunyai 3 orang anak.

Jadi, saya pun berazam nak buat lebih baik. Tak boleh nak learned helplessness. Everything needs to be improved. Sekali gagal, bukan bererti gagal selamanya.
Jadi, hari tersebut, saya bawa sebuah buku cerita, colours dan laptop. Kertas A4 saya minta mama mereka.

Okay, jadi sesampainya di rumah, anak 2 tahun tersebut menangis sebab mamanya sudah bersiap ke universiti. Saya biarkan dulu dia menangis. Reaksi normal kanak-kanak yang mempunyai "secure style attachment" dengan ibunya. Kemudian, dia pergi ke abangnya. Waktu ini, saya mula keluarkan colours dan kertas A4, dia mula tertarik dan berhenti menangis. Dia ambil colours tersebut dan conteng kertas A4 sambil senyum dan ketawa dengan imaginasinya. Mulutnya mengomel bercerita tentang sesuatu yang tak mampu saya faham. Tangannya menunjuk-nunjuk contengan yang dia buat. Bahagia. Abangnya turut serta melukis. Dan seperti biasa dia bercerita dan saya mendengar walaupun tak faham jalan cerita. (Abang dia sangat fasih berbahasa inggeris)

lukisan Juju(adik) yang berusia 2 tahun

Lukisan Mesho (abang) yang berusia 5 tahun 

Kemudian, saya buka laptop dan buka youtube lagu kanak-kanak "twinkle twinkle little star". Menyanyi dan menari bersama Juju.
Juju ralit dengan youtube

Abangnya seperti tak berminat. Abangnya sangat suka bermain dengan gadget. Saya pun cuba engage. Saya cakap-cakap dengan dia tentang permainan dia. Saya ajak main benda lain tapi dia kata dia busy. Ok takpe. Biar dia main game dulu. Saya melayan Juju dahulu.

Entah bagaimana tiba-tiba abangnya mengajak main hide and seek. Seronok juga main dengan budak-budak. Comel. Dan abang dia ajak main racing car juga. Raikanlah kecenderungan kanak-kanak lelaki. Seronok juga sebenarnya dapat main dengan mereka. Rasa bahagia dengan kerja.

Abang yang pemalu tapi banyak juga cakap. 

Kemudian, saya bacakan buku cerita pada adik dia. Tapi sekejap sahaja sebab dia tak berminat. Kami pun tonton televisyen sambil saya cuba buat interaction dengan mereka. Dan alhamdulillah, everything went well and better from the other weeks. Harap minggu-minggu mendatang, saya terus mampu engage dengan mereka dan anggap seperti keluarga sendiri.


Juju menonton televisyen

Apa yang saya belajar, kids treat us the way they are treated. Kids see and imitate what adults do.
We are the one who needs to create fun things to do with them. Thanks a lot to moms who share tips with me and also experienced babysitters.

p/s: I was thinking, kalau tak dapat kerja balik Malaysia nanti, nak jadi babysitter pun okay. Haha. 

Story #3: Overcome your Fear

Before you read, I need to clarify that "fear" in this post is not the fear of doing sins. Of course, we need to have fear of doing sins. We need to have that feeling. 
Fear in this post refers to fear of making mistakes that are not a sin. 

overcome your fear. you are not alone.

I called my friend who studies in US. As usual, we have a very long conversation. Talking to her can never be short because both of us love to share our stories.

So, there is a part of her story that is really inspiring.

"Adik, do you know that I'm too afraid of doing iceskating? For some people, it's just easy. But for me, it's just hard. I'm too scared. You know my condition right? Not as anyone else. I have some limitations"

*keep on listening*

"...you know I take a class for that. But as I said, I'm too scared. I can't do that for the first time. But you know what my teacher said? She stared deeply into my eyes and said, 'I can see your fear through your eyes. It's okay. Overcome your fear first, then come to the class'. And at that time, I cried. I cried. So I take some times and when I felt better, I went to the class again. And guess what? I can do it! Even though it's too slow. Like seriously, very slow. But the feeling was wonderful because at least I can start a move."

*smiling*
"Congratulations kaklong! You did it. You should cherish that."

"But not pro la adik."

"But at least, you try and you can start. That's great."
*I'm so happy for her*

"That is life adik. We have fear. But, if we don't overcome it, it'll haunt us. We can never take a step ahead if we don't want to start."

"But kaklong, still, we need time right? Overcoming fear is not as simple as saying move on, you can do it. Yes, we can do it but still it takes time. Really."

"Yup. You're right. We need time. I do take some times to start making a step ahead. It's okay. Take your time, but don't be too long."

*smile*

I remembered I was asking my lecturer about phobia. She gave an example of people who has a phobia of spider. I was thinking it wasn't that horrible because it's only an animal. But then, my lecturer said, "you never know how intense the phobia is. It could be horrible you know."
At that time, I realized that we can never judge other's struggle and yes phobia can be too intense.

Also, I remembered my conversation with my housemate who loves to observe rather than talk and she's taking psychology as well.

"Hmm, I want to ask you a question. Things that have been done, cannot be undone. What about things that we have learned? Can we unlearned?"

"Yes. You can repress the memory."

"Emm. Okay I know. It's like during SPM, we learned add math, physics and stuffs but now if someone asks about it, I can't remember. ...but, it's about things that don't relate to emotions. What about things that related to emotions? Because I once read a journal regarding this. An emotional memory has a higher tendency to be remembered than memory that is not related to emotion."

*silent*
"Things take time. Keep calm and give time to ourselves. With time, we grow and develop"

Time. Give yourself time.
Some people said, time heals. But, how long does it takes to heal is really depend on individuals. Some people just take a week or a month while others take years.
But at the first place, try.
Try to overcome the fear.

Story #2: TripKITA

Alhamdulillah. Syukur sangat ke hadrat Allah yang memudahkan perjalanan kami dari Brisbane ke Byron Bay dengan berhenti di beberapa tempat. Dengan kos yang sedaya upaya direndahkan, sungguh berbaloi dengan pengalaman yang tak mampu dibeli dengan wang.

Saya tak mahu bercerita tentang tempat yang dilawati kerana bukan semua orang berpeluang ke tempat-tempat yang Allah izinkan untuk saya pergi. Jadi, saya lebih suka bercerita tentang pengajaran sepanjang perjalanan (sebelum, semasa dan selepas)

Sebelum kami pergi ke tempat yang ingin dilawati, pastinya perlu ada perancangan yang rapi. Setelah berbincang dan dipersetujui, saya menjadi AJK logistik dan peralatan. Sungguh, saya sangat cuak bila dipilih menjadi AJK logistik kerana sejujurnya sikap yang tidak teratur dan mudah panik masih ada dalam diri saya. Tapi, Syifa' kata, "bila lagi awak nak belajar?" Memandangkan masing-masing pun sudah ada tugasan malah ada yang diberi tanggungjawab lebih berat, jadi apalah kiranya saya menjadi AJK logistik. Insha Allah, #bendabolehsettle #bendabolehbelajar

Jadi, saya belajar untuk bertenang dan senaraikan barang-barang yang diperlukan. Syukur yang tak terkira kerana sahabat-sahabat pun saling membantu. Ok, sis terharu T_T

Banyaklah benda yang Allah mudahkan. Syukur sangat.

Sebelum tiba di tempat kem, kami melawat hutan dan berjalan di "walking track" sampai ke air terjun di bawah. Sangat mendamaikan jiwa :)
Adik-adik yang omeyyy. eheh.

Tiba di tempat kem, banyaklah benda jadi, kos yang dipersetujui tiba-tiba naik mendadak sebab orang yang menguruskan berbeza dengan orang yang AJK tempat deal di telefon. Naik mendadak tu daripada $450 kepada $900++ dekat $1000. Maka, kami cuak. Alhamdulillah, Mr David, orang yang memberi diskaun untuk tempat tiba dan menghapuskan kekeliruan, malah kami dapat diskaun lagi. Alhamdulillah :)

Di kem tersebut, kami pasang khemah, masak, bual-bual dan bonding antara satu sama lain. Malam itu, kami buat campfire disertai tazkirah oleh gadis lesung pipit. Cerita sikit pasal tazkirah. Malam tersebut tazkirahnya tentang alam yang mentaati perintah Allah. Api yang tunduk taat pada Allah untuk menghangatkan badan kami yang kesejukan sambil makan marshmellow lembut. Bintang-bintang yang bertaburan di angkasa memberi satu pandangan yang cukup indah. Angin yang lembut meniup tubuh kami. Rumput-rumput yang sudi menampung kami untuk duduk. Semuanya tunduk patuh kepada Allah untuk memberi manfaat kepada kita semua. Lalu, bagaimana pula kita tunduk patuh kepada Allah?

"Hanya kepada ALLAH lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari." 
(Ar-Ra'du: 15)


Esoknya, kami bergerak seawal pukul 8 pagi dan bergerak ke Lighthouse. Kemudian, kami ke pantai dan bermain satu permainan bertajuk "Angin Bertiup". Permainan ini bertujuan untuk mencari persamaan antara kita dengan orang lain. Terima kasih Raihan untuk game yang menarik ini. Pengajarannya cukup menyentuh bilamana Raihan menyatakan bahawa dalam permainan ini kita berusaha sungguh-sungguh untuk mencari persamaan dengan orang lain supaya dapat keluar daripada  berdiri terasing di tengah bulatan. Bila difikirkan, dalam kehidupan, untuk kita masuk bersama orang lain, kita perlu mencari common ground. Teringat Dr Maszlee Malik dan Dr Hafidzi Mohd Nor dalam konvensyen #negarawan tahun lepas mengatakan, kalau persamaan itu hanya 1% sekalipun, gunakan ia untuk kita mampu bersama-sama bergerak. Masha Allah. Benar sungguh kata-kata Dr. Bayangkan, betapa banyak hati-hati yang mampu kita sentuh bila kita mampu mencari common ground berbanding perbezaan. Dengan common ground yang disepakati, maka perbezaan yang lain tidak memecahkan bahkan menjadi satu perkara yang diraikan selagi tak bertentang dengan syarak. Malah, perbezaan yang bertentang dengan syarak pula mampu untuk kita tepis dengan menegaskan prinsip Islam tanpa menyakiti kerana sudah ada common ground yang kukuh. Suka game ini! :)

housemates dan seorang kakak penyibuk. (kakak nampak macam adik :P)

bergambar di pantai. #tripKITA

Kemudian, sementara menunggu pemandu-pemandu yang cekap, kami duduk-duduk di bangku. Tiba-tiba datang pasangan suami isteri berbangsa India yang merupakan orang Malaysia. Mereka menegur kami dan mengatakan "Everywhere we go, we are proud to say that we are Malaysian. Mana-mana pergi, kita cakap kita orang Malaysia." Baik dan comel je pakcik makcik ini. Mereka datang ke sini untuk melawat anak-anak mereka selama 2 minggu. Bila berbual, baru dapat tahu, pakcik tersebut merupakan salah satu pakar psikiatri di sebuah hospital di Melaka. Nice kan? Apa lagi, bila ada common ground  (walaupun psikologi dan psikiatri ada beza tapi ada juga banyak yang sama), saya pun teruja. Banyak juga pertanyaan yang diajukan. Antara yang pakcik cerita ialah bagaimana orang kata dia crazy bila ambil keputusan untuk buat jurusan psikiatri sedangkan pada waktu tersebut tak diperlukan sangat dan belum terkenal pun jurusan tersebut (Saya pun sebenarnya nak ambil psikiatri tapi terhalang sebab orang takut saya jadi gila -___-). Bayangkan, pakcik tersebut dah 75 tahun, jadi keputusan yang dia ambil sewaktu muda itu ternyata sangat optimistik dan futuristik. Pakcik tersebut cakap, dalam negara yang sedang membangun seperti di Malaysia, kadar stress meningkat saban hari. Setiap hari, ada sahaja yang berjumpa pakar psikiatri (walaupun mungkin kesedaran itu belum meluas). Kemudian, makcik yang baik dan santun pun memberi kami nombor telefon bimbitnya dan mengajak kami datang ke rumah bila tiba di Malaysia. Mudah-mudahan dapat singgah rumah pakcik makcik yang nampak sangat muda dan sihat walaupun sudah berusia 75 tahun. Mungkin kerana emosi yang sentiasa mampu terkawal dengan baik dan sikap yang suka senyum juga santun menjadikan tubuh mereka kelihatan muda. Subhanallah. Jom senyum selalu :)

bergambar dengan pakcik makcik yang ramah lagi mesra lagi baik dan santun

Selepas itu, kami bergerak ke air terjun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang merezekikan kami untuk mandi di air terjun. Lama sangat dah tak pergi air terjun. Tapi, di sini saya cuak sikitlah sebab batu-batunya tajam. Adik-adik pula yang kena jaga kakak. Haha. Terima kasih Farina, Wanie, Syidah, Ika dan Farah :) Tapi Alhamdulillah, we made it to the waterfall! Seronok sangat masha Allah. Air terjun tu sejuk dan menenangkan. Cuma sakit sikitlah badan sebab rasa keras juga kena. Di air terjun ini, saya teringat satu ayat:

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah: 74)

Benar kan, di celahan batu itu, ada air yang mengalir dan air yang meluncur jatuh kerana takut akan Allah. Refleksi semula pada diri, sejauhmana kita tuduk dan taat kepada Allah. Mari mencontohi air :)

air terjun :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. A day spent well with these beautiful hearts
Jazakunallahu khayr kepada Syaz Jalil selaku ketua trip dan AJK-AJK yang terlibat (Syifa' Zameran, Nurain Yusri, Nur Afini Dini Senan, Khadijah Zakaria, Nur Raihan Maarof, Norsyairah Ashamuddin, Nurul Nazihah Nasir), tak lupa juga pemandu-pemandu yang terlibat (Nuurol Syakirah Mohd Zaki, Syahira, Wahida Amran) juga kepada adik-adik yang memberi kepercayaan kepada kami untuk trip kali ini. Terima kasih semua. 

Last word, in this warringa, we spent time together. Kuralboo my heart, you all are my koombooyana! (In this cool places, we spent time together. Deep down my heart, you all are my sweetheart!)

Moga Allah tautkan hati-hati kita semua!