Bila Ingin Membuat Pilihan , Istikharahlah
PILIHAN
Dalam hidup kita ini , banyak perkara yang kita hadapi memerlukan kita untuk membuat pilihan.
membuat pilihan itu merupakan perkara paling sukar dalam hidup . kan ?
kerana dengan pilihanlah , masa depan kita berubah.
Cikgu Shafini beritahu saya semalam ,
" Kita ni sebenarnya tak berhak buat pilihan . Pilihan tu biar Allah yang buat . sebab apa? Sebab Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita "
ceritanya semalam saya jumpa cikgu.
cakap dengan cikgu yang saya taktau nak pilih mana lepas SPM nanti .
mana tak risau kan . Trial pun dah habis tapi hati ni macam taktau nak ambil jurusan apa lepas SPM.
kalau boleh semua jurusan nak ambil sebab macam-macam pilihan kan.
tapi itulah , bukan kita mampu nak buat semua.
dan kita pun tak boleh tamak kerana orang tamak selalu rugi.
huhu.
lepas tu , saya tanya ,
macam mana nak istikharah .?
syarat utamanya kena IKHLAS dan REDHA.
Cikgu Shafini cakap kalau kita ada pilihan sekalipun , sebelum solat tu buang semuanya .
ikhlaskan . biar Allah yang buatkan pilihan untuk kita sebab takut kalau apa yang terdetik dalam hati itu sebenarnya apa yang hati kita nak dan bukan petunjuk Allah.
kedua , jangan buat hanya sekali. Buat banyak kali sampai rasa dah dapat petunujuk dan tekad dengan pilihan itu.
rasanya itu sahaja kot yang cikgu shafini cakap.
dan semalam macam-macam cerita jugak cikgu kongsi dengan saya dan sahira .
Lepas je jumpa cikgu , saya terus tekad nak buat istikharah tapi tak terbuat lagi.
huhu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
ye. Ayat ini yang paling tepat untuk kita dalam membuat pilihan.
tapi itulah ,
tapi itulah ,
insyaAllah , saya akan istikharah untuk buat pilihan.
Kadang-kadang kita terlalu suka sesuatu sedangkan itu tidak baik untuk kita dan kadang-kadang benda yang kita benci itu yang terbaik untuk kita. kan Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.
sebenarnya saya takut nak buat istikharah . yelah , saya juga manusia kan.
ada hati . ada perasaan . ada pilihan sendiri.
bukan takut apa. takut apa yang saya nak itu bukan yang terbaik.
tapi , bukankah kita semua nak yang terbaik untuk diri kita ?
maka , ISTIKHARAHLAH.
doakan yang terbaik untuk saya ye :')
dan semoga kita semua akan dapat yang terbaik dalam hidup kita ni.
Aamiiin . InsyaAllah :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment