Anugerah Datang Selepas Usaha ;)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. entry ni sempena nak naik sekolah.
eheh. semoga adik-adik semua semangat , insha Allah !

saya nak ucapkan terima kasih pada adik ezza yang mencetuskan idea untuk saya menulis berdasarkan pertanyaan dia :)

"Assalamualaikum. Kak Zura, hm Boleh tak bagi some nasihat? About, how to be budak bijak maybe? Lol. Seriously Ezza jealous dgn insan-insan yg bijak-bijak ni. Diorg usaha atau anugerah?"


Saya dah pun menjawab. mudah-mudahan adik ezza berpuas hati la hendaknya dengan jawapan yang akak beri ye :)
jadi, saya ingin berkongsi sedikit di sini.

Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. ye, tiada.
bahkan , Rasulullah itu juga berusaha dengan titik peluh dan darahnya yg suci untuk mengembangkan Islam.
Baginda tak hanya duduk bergoyang kaki dan berdoa kepada Allah untuk Islam terus berkembang tetapi sebaliknya Baginda bersusah payah . Kesusahan yang Baginda lalui tidak mampu kita gambarkan. Begitu juga dengan Nabi dan Rasul yang lain .
Dan dari usaha Baginda, susah payah Baginda itulah, datangnya anugerah daripada Allah berupa pengikut-2 yang hebat imannya semasa adanya Baginda dan tamadun Islam yang semua sedia maklum kehebatannya selepas Baginda wafat. Subhanallah. Anugerah Allah itu tak terhenti semasa hidup bahkan selepas kewafatan Baginda juga dan pastinya Syurga itu tempat Baginda. :)


Berbalik kepada soalan tadi. Kebanyakan daripada mereka yang berjaya itu usaha. Tak lupa juga doa ye adik-adik. sebab selamanya kejayaan yang mutlak itu cuma milik Allah. Bukankah ada peribahasa mengatakan " usaha itu tangga kejayaan " ? nah. itulah. 
Kalau nak dikatakan "budak-budak bijak" ini anugerah, tidak adil. Tidak adil sebab kita taktau seberapa banyak usaha yang dia buat untuk jadi "bijak".

Kalau nak dikatakan anugerah, semua orang mendapat hal yang sama. Akal yang sihat dan tubuh badan yang sempurna . Cumanya, mungkin POTENSI dalam diri setiap orang itu berbeza. Itulah hebatnya Allah. Diciptakan manusia dengan pelbagai kemahiran dan potensi masing-masing untuk saling melengkapkan antara satu sama lain . Tiad.a manusia yang dilahirkan bodoh , cuma mereka mempunyai kebijakan masing-masing. Dan tugas kita ialah mencari potensi kita tu dan gunakan dengan sebetulnya. Baru ohsem !

Dan sesuatu yang agak menyakitkan berlaku dalam masyarakat kita ialah mereka bersikap skeptik. Selalu dikatakan mereka yang belajar sains tulen itu lebih hebat daripada yang belajar sastera. "apa kelassssssss" , katanya. sedangkan kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. bahkan, pelajar yang belajar kemahiran juga hebat. apa yang penting , manfaat buat agama dan ummah !



Saya beri contoh . Seorang pelajar sains tulen, pelajar perubatan. Beliau belajar dan belajar hingga berjaya melayakkan beliau menjadi seorang doktor yang hebat. Beliau menggunakan "logam" yang ada padanya untuk mengubati pesakit dgn ikhlas dan memasang niat untuk menjadi sukarela perubatan di negara-2 yang menuntut para mujahid pergi berperang. Bukankah ini ohsem ya amat ?

Lagi satu. Seorang pelajar sains sastera, pelajar undang-undang. Beliau belajar dan belajar hingga berjaya melayakkan beliau menjadi hakim yang sungguh berkaliber. Beliau menggunakan "logam" yang ada padanya untuk meletakkan yang haq di tempatnya. Juga berazam untuk meletakkan undang-2 Allah di atas segalanya. Bukankah ini yang kita mahukan ?

Lagi, pelajar kemahiran. Belajar kemahiran memasak misalnya. Beliau belajar hingga menjadi seorang chef terkemuka di dunia. Beliau menggunakan bakat yang ada untuk memasak masakan yang halalan thoyyiban dan menyelitkan unsur-2 zikrullah semasa memasak dan mengajar manusia untuk memasak dengan cinta. dimulakan dengan cinta pada Yang Esa. Subhanallah, masakan itu boleh jadi masakan paling sedap di dunia. juga beliau boleh memasak untuk diberi kepada saudara-2 kita yang tak cukup makan di palestin, syria , sebagainya. Bukankah ini kerja mulia ?

Jadi, sebagai ahli masyarakat , jadilah orang yang mengiktiraf semua orang dan hargai semua orang. kerana kita semua saling memerlukan :)

Kemudian, adik ezza tanya , ada yang tak usaha/belajar mana pun tapi result gempak kebaboom. meletup !

haa, cemana tuu.

Bagi saya la, orang yang cakap , dia tak belajar tapi dapat result bagus, itu....itu... menipu rasanya. haha.
Bagi saya, mungkin kita tak nampak mereka belajar depan mata kita tapi belakang kita dia struggle habis. tak pun, fokus dia masa cikgu ajar tu tinggi sampai buat dia tak perlu pun ulangkaji banyak-2 . kan?

ye. bukan sedikit kawan-2 yang saya lihat sangat bersungguh usahanya namun Allah menetapkan rezeki keputusannya tak sebaik mereka yang dikata "bijak". tapi, cuba kita lihat sudut positif. Bukankah itu tanda Allah sayang? Allah nak kita usaha lebih lagi sebab Allah nak bagi kita pahala lebih ! nah, best tuu. sebab kita usaha lebih dengan sabar dan ikhlas dan lagi DIA nak ajar kita erti tawakkal :)
Bukankah "Allah counts efforts not the result" ?

Last but not least , kita sepatutnya tak menyerah dan putus asa bila kita belum berjaya ( I don't like to use the word GAGAL ). Tapi kita usaha lebih dan doa banyak-2 . paling penting , kita patut BERSYUKUR pada Allah. *bkn kerajaan ye* eh?
sebab Allah beri kita peluang untuk tuntut ilmu. saudara-2 kita kat Palestin tu susah payah nak belajar tapi effort mereka nak belajar tu kita pun tak mampu nak tanding .


ok, itu saja yang ingin saya kongsikan di penghujung tahun ini.
kalau nak kongsi pasal konsert RM15 juta malam ini rasa macam menyakitkan hati je. huhu.
baik kongsi pasal ni sempena adik-2 nak sekolah.
Moga bermanfaat !
SEMANGAT . *senyum sambil buat peace*

Blindness of the Heart is real blindness

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum w.b.t

     "There was a blind man who lived happily with his loving wife, his devoted son and his good friend. The only thing that bothered him was the darkness in which he lived. He wished that he could see the light and the things that made him happy with his own eyes.

     A brilliant doctor came to the city in which this blind man lived, so he went to him and asked him for medicine that would help him to see. The doctor gave him some drops and told him how to use them, and warned him that he may see suddenly, at any moment.

     The blind man continued to use the drops even though no one else believed that they would work, but after a few days he saw the light suddenly, whilst sitting in his garden. He was filled with joy and ran into the house to tell his dear wife, but he saw her in his room, betraying him with his friend, and he could not believe what he saw. Then he went to the other room and saw his son stealing something from his cupboard.

     The blind man retraced his steps, screaming,

     "This is not a doctor, this is an accursed sorcerer!"

     Then he took a pin and pierced his eyes, and nervously went back to the happiness that he was used to.


The moral of this sad tale is that we should accept the lot that we have been given in life, with whatever limitations have been decreed for us, because as the saying goes, the grass isn't always greener on the other side."

This tale is from the book that I have read , "You can be The Happiest Woman in The World" by Dr. Aid al-Qarni.

Such a heartbreaking tale but has a valuable lesson in it.

Ikhlas

Dengan  Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t

Berkenaan ikhlas.
Entah. Kenapa manusia suka nak menilai keikhlasan orang sedangkan ikhlas sendiri pun masih samar-samar lagi.
Kenapa manusia suka membuat andaian sendiri sedangkan diri sendiri pun belum tentu ada nilai di sisi Tuhan.



Seringkali saya dengar kata-kata seperti ini :

"Ala, buat baik tu nak menunjuk la tu dekat orang yang dia tu baik."

"Ala, dia berubah tu mesti nak tackle ustaz la tu. pakai labuh-labuh. dulu tak pulak macamtu."

"Ala, dia tu buat gitu mesti nak sesuatu tu."

ish. busuknya mulut. hmm. *geleng kepala*

Kenapa hati kita ni rasa panas je tengok orang buat baik?
Kenapa hati kita ni tak suka orang buat benda baik?
Kenapa mulut kita ni mudah je nak lemparkan tuduhan yang kita sendiri tak tahu.
Kenapa kita ni senang je nak tambah dosa sebakul sedangkan banyak lagi dosa berbakul-bakul yang tak larat dah kita nak pikul.

berkenaan ikhlas. biar. serahkan pada DIA.
Dia , Allah , Tuhan yang Maha Mengetahui yang jelas mahupun tersembunyi.

Kita, manusia, banyak tak tahu daripada tahu.
yang tahu itupun adalah dalam pengetahuanNya.
cukup. cukuplah kita berburuk sangka dengan manusia.
setidaknya, mereka BUAT kebaikan tu.
Kita, yang mengata ni , tahu CAKAP je. Buatnya TAK ADO pun.
KOSONG. KOSONG.

jadi, marilah kita semua cuba.
cuba untuk melihat kebaikan dalam diri orang sekeliling kita.
jom cuba sama-sama.


" In fact, deeds that are done while showing off are better than abandoning them out of the fear of [showing off].
Similarly, the scholars have preferred the remembrance of God on the tongue with a heedless heart over a heedless heart and tongue combined ! " - Purification of Heart , Hamza Yusuf . chapter OSTENTATION [ riya' ]


konklusinya di sini, kita sebagai masyarakat, jangan suka-suka mahu menghukum orang yang buat baik konon mahu perhatian manusia.
husnudzhon jom. sangka baik pada manusia.
jangan sampai amal kita banyak terhapus diberikan kepada orang yang kita kata.

dan kita pun kena sama-sama cuba untuk ikhlas dalam setiap amal kita.
insha Allah. saling mendoakan dan usaha sama-sama :)



Saya Nak Berubah Tapi ...



Assalamualaikum ^^

Pernah tak ada di benak atau hati untuk berubah jadi lebih baik ?
Kalau ada , Alhamdulillah :)
Kalau belum ada, adakan jom. hihi

Memang fitrah manusia inginkan kebaikan.
takda orang yang suka benda jahat.
sedangkan pencuri pun bengang lagi marah bila hartanya dicuri orang.
sedangkan pembunuh pun marah bila orang yang disayang dibunuh.
sedangkan penjahat pun tak suka penjahat.

selalu kan dengar orang-2 yang di penjara selalu nasihatkan,
"Jangan jadi macam saya
nampak tak yang semua orang mengimpikan kehidupan yang baik.
semua orang mengimpikan dunia yang indah.
tipulah kalau ada orang cakap dia suka duduk dalam dunia yang caca-merba.
tipu sana tipu sini. bunuh sana bunuh sini. rompak sana rompak sini.
semua ni menyesakkan. dan tak kena dengan jiwa dan roh kita.
kan?

ok, memang banyak nak berubah.
tapi acapkali juga yang ada di benak itu benda-2 yang merencatkan perubahan tu.
Contoh :


1 - "Saya nak berubah tapi... takut kawan-kawan saya lari"

Em, em, em...  okay, awak , kalau kita berubah jadi lebih baik mesti akan ada kawan-kawan yang menjauhkan diri. takut katanya , kita baik sangat. tak sesuai katanya berkawan dengan dorang. bila jadi macam ni, awak tenang dulu. tarik nafas dalam. kadang memang payah nak terangkan kat dorang. tapi slow-slow. cakap bebaik ngan dorang yang kita nk jadi lebih baik. kalau tak mampu nak cakap, kita buat. Action speaks louder than words kan? Kita tunjuklah bestnyaa jadi lebih baik. tenang je selalu. rasa dilindungi. selamat. 
 mana tau, awak boleh ajak dorang sekali bila dorang tengok macam best je berubah jadi lebih baik? kan best gituu. nak masuk syurga sama-sama kan?

*wink wink*

2 - "Saya nak berubah tapi... takut family cannot accept"

ok, ini memang mujahadah yang agak payah. sebab apapun memang kita selalu letakkan family nombor 1. ye, memang family nombor 1 dan memang kita sayang sangat kat family kita. kita cinta dan kasihkan mereka. oleh sebab itu, kita kenalah bawak family kita pun masuk syurga sekali. mulakan perubahan dari diri kita sendiri. teehee.

"macam senang je kan zura ni cakap"

*cough* ye, memang tak mudah tapi tak mustahil kan ? *senyum*

mungkin kita tak mampu nak cakap sebab kang salah cakap lain pulak jadinya.
makanya, kita BUAT. like what I said before, action speaks louder than words.
percayalah, insha Allah sedikit sebanyak kita boleh nampak perubahan tu. walaupun tak drastik , tapi ada. insha Allah ^^ keep praying to our Lord because He is the one who holds our hearts :)
yang penting usaha kena ada ! 

13:11 ,
For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron.

3 - "Saya nak berubah...tapi belum sampai hidayah la." 

Belum sampai hidayah?  ok, awak, dengar sini. hidayah Allah tu terlalu luas. setiap hari Allah bagi hidayah dia pada manusia melalui ciptaanNya yang indah. hidayah tu ada kat sekeliling kita. cuba cari dan hayati. It's not what we look. It's HOW we look at it. Allah tu sayang sangat kat kita. sebab tu Dia tak biar kita kena tipu dengan dunia. diutuskan Rasulullah untuk tunjuk akhlak yang mulia sebagai seorang insan. Diciptakan alam yang indah untuk manusia memikirkan siapa penciptaNya. kalau nak sebut satu-satu nikmat yang Allah bagi, kasih sayang yang tak berbelah  bagi , memang tak cukup untuk ditulis. 

It's time to wake up, people 
hidayah perlu dicari. kalau dah dapat, terus grab , jangan biar hilang lagi. :)


4 - "Ala dia tu bolehlah baik , keluarga dia pun islamik. Ala, dia tu bolehlah baik, dia budak sekolah agama. Ala, dia tu bolehlah baik sebab dia memang dilahirkan baik" and the list goes on...

Hamboi, banyak betui alasan. kikiki. alasan-2 yang dulu pernah saya bermonolog sendiri
cuba awak selak buku sirah. kisah para sahabat. cuba tengok kisah Abu Ubaydah Al-Jarrah. cuba tengok kisah Saad Bin Abi Waqqas. awak akan tertunduk malu dengan semua alasan yang awak berikan. paling famous, kisah Saidina Umar Al-Khattab. cuba tengok. renung. reflect diri. 



Sebenarnya, yang banyak itu alasan.
para sahabat dah tunjukkan contoh. Rasulullah dah tunjukkan contoh. 
it's your choice now. choose wisely. and stop giving excuses.

lets change !

Saya bukan hanya NAK berubah tapi... SAYA PERLU BERUBAH.



jom sama-sama. insha Allah :)

Saya Dan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang menggerakkan jari-jari ini untuk menulis sesuatu di sini. Mudah-mudahan bermanfaat kepada manusia. insha Allah Amiin.

Lama dah tak menulis kat sini. tangan pun menggigil jugak nak menulis ni.
Baiklah. Disebabkan esok bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia. Maka, saya pun nak menulislah tentang SPM. untuk berkongsi pengalaman juga sedikit iktibar yang boleh diambil.


Mereka mengatakan bahawa SPM itu segalanya.
Kunci kepada masa hadapan.
Tidak. Tidaklah aku menafikan.
Memang itu salah satu kunci masa hadapan
Oleh itu, bersungguhlah kamu.

Belajarlah dengan sesungguhnya.
Moga Allah memberikan yang terbaik untukmu,
Sungguh, usaha itu mampu kita kawal.
Namun , keputusannya bukan dalam kawalan kita.

Perasaan gementar, takut itu perkara normal.
Saya juga merasakan hal yang sama pada ketika itu.
Maka serahkan segalanya pada Yang Maha Menenangkan.
Agar dipermudah segala urusanmu.
Robbi Yassir Wa La Tu'asir. Robbi Tammim bi Khair.

Bilamana telah tamat peperiksaan itu.
Ucaplah Alhamdulillah tanda kita bersyukur diberikan kesihatan dan kekuatan untuk bertarung di medan peperiksaan.
Kemudian , rancanglah masa depanmu.
Apa yang kamu inginkan.
Istikharah juga tanya orang sekeliling.
Namun, pada akhirnya, kamu sendiri yang membuat keputusan.

Waktu cuti yang penjang selepas SPM itu,
Manfaatkanlah semaksimum mungkin untuk menimba ilmu
Membangun diri, jiwa dan roh yang selalu ditinggalkan kelaparan.
Jangan,jangan,jangan dibazirkan waktu itu.

Tiba hari yang mendebarkan.
Keputusan diumumkan.
Redhalah dengan keputusan itu.
Usahlah terlalu bergembira.
Jalanmu masih terlalu panjang.
Usah juga terlalu bersedih,
ada hikmah di sebalik semuanya.
SPM bukanlah pengakhirnya.
Ini baru permulaan ke masa depan yang lebih mencabar.
Banyak juga jalan lain yang boleh ditempuh untuk menggapai kejayaan.

Baiklah, nak kongsi cerita pasal SPM yang jadi pada sorang sahabat saya.
Dah minta izin untuk kongsi. sebagai iktibar dan pengajaran ye :)

Dia cerita dulu dia anggap SPM tu everything in her life.
Dia korbankan segala-galanya untuk SPM.
Raya pun dia tak raya. duduk dalam bilik. BACA BUKU.
Buku tu dihafal dari kulit ke kulit.
Boleh dikatakan kalau dia tak dapat straight A's, dia mati.
SPM tu matlamat hidup dia.
waktu ni "zaman gelap" dia.
Dia hidup dalam dunia dia sendiri.
Dia struggle gila-gila sebab dia agak taksub dengan kata-kata "SPM ni segalanya. kalau tak excel dalam SPM, habis masa depan."
sampai macamtu sekali.
Sampailah waktu dapat keputusan.
Alhamdulillah, she got straight A's.
tapi, dia terkaku kat situ. tenung result dia. Dia nangis.
Orang lain menangis kegembiraan.
Dia nangis sebab dia taktau apa yang dia nak buat lepastu.
like what I said,
dia anggap SPM tu matlamat dia.
jadi, dia dah capai dah matlamat dia, lepastu dia dah boleh mati dah.
sebab matlamat dah capai.
but, she's still alive now and share this story with me.
dan dia dah tau matlamat dia sekarang. :)

pengajaran nak cakap kat sini.
SPM tu bukanlah segalanya. SPM juga tak ada kuasa nak tentukan masa depan kita.
SPM hanyalah alat untuk mencapai matlamat.
dah tau matlamat kita apa ?
Matlamat kita ialah : MENUJU KEREDHAAN ALLAH.
kita belajar bagai nak gila tapi kalau matlamat kita hanya dunia, sia-sia.

ingat firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 :
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-KU"

ingat, belajar itu ibadah.
mengambil peperiksaan juga ibadah.
niat semua kerana Allah.
Moga Allah beri apa yang terbaik untuk kita semua. Insha Allah.

nak bagi video Aiman Azlan :)




p/s : Ada lagi peperiksaan yang kita nak excel. Sijil Padang Mahsyar :)
moga sama-sama jumpa di jannah. insha Allah. Allahumma Amiin.
ingat, kita sebagai muslim bukan nak berjaya kosong. kita berjaya biar dengan iman.
berjaya fi dunia wa akhirah :)
sama-sama jom jumpa di puncak kejayaan. All the best for those who are taking SPM :) 

Tiada Yang Mustahil Dengan Izin Allah

Assalamualaikum ,
lama sangat tak update blog. serius tengah ngantuk sangat sekarang tapi ditabahkan juga jari untuk menari nari di atas papan kekunci untuk menaip sesuatu di sini. okay , terus masuk pada point.

Dengan Nama Allah .

hari ini 21 Mac 2013. hari yang mendebarkan bagi semua pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2012. bagi saya juga, ya sangat mendebarkan. eheh.
tapi sebenarnya sejak dua menjak ni tak fikir sangat pasal result sebab sedang menabahkan hati untuk menerima apa jua keputusan . ini yang terbaik.

ok sahabat yang sudi membaca tulisan saya di sini ,
ingat. ini hanyalah PERMULAAN. panjang lagi perjalanan kita. banyak lagi ujian dan cabaran mendatang. kalau kita dah putus asa di PERMULAAN cerita , jadi macamana dengan PENGAKHIRAN cerita.
bagi saya , tiada siapa yang gagal . semuanya berjaya. semuanya mendapat yang terbaik. ini usaha kita. ini doa kita . ini ketentuanNya.

saya ingin berkongsi sedikit tips bagi kita semua dan untuk diri saya jugak . tips untuk berjaya. insha Allah mudah - mudahan bermanfaat .
ini ringkasan tazkirah saya dalam salah satu perjumpaan usrah sakinah. :)



Kecemerlangan Dunia Akhirat
1 - Antara ciri orang yang beriman ialah SERIUS dalam pelajaran. Bilamana kita serius dalam pelajaran , maka insha Allah kita akan berjaya dalam peperiksaan.Apa kaitan IMAN dengan berjaya dalam peperiksaan ?rasa macam pelik kan ?
ingat , " PELAJARAN KAMU ADALAH AMANAH ! kalau kita main-main dalam pelajaran , bermaksud kita tak melaksanakan amanah kita.


2 - bila kita nak berjaya , kita akan pasti berusaha sungguh-sungguh . kita mahukan orang Islam yang berjaya. yang berilmu . yang menguasai ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu. maka , kita inilah yang kena usaha !


3 - Kecemerlangan tanpa KEIMANAN tiada makna. 


Bagaimana mahu berjaya ?
- USAHA , IKHTIAR :
- Doa : Usaha dan doa perlu seiring
- Tawakkal Apabila kamu berazam , maka bertawakkal lah. tawakkal mula daripada usaha itu sendiri. tawakkal takda erti dengan hanya DOA GOYANG KAKI. 
ingat , kita tak dinilai melalui apa yang kita dapat , tapi seberapa banyak USAHA kita . usahalah sungguh-sungguh , doa lah berterusan. tak mungkin Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang tak nampak usaha kita , tak dengar doa kita . tak mungkin kerana Allah sifatnya Maha Mendengar , Maha Melihat .

Wallahualam. tegur kalau silap.yang baik datang daripada Allah , Allah yang bagi kekuatan , Allah yang bagi ilmu.yang buruk , yang silap daripada saya sendiri yang banyak khilaf.Ambil mana yang baik. insha Allah. ♥

okay, ini pula bagi kita yang sedang baru nak mula melangkah ke masa depan.


bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, usahlah kecewa. inilah yang terbaik. sama ada sebagai pengajaran ataupun pengalaman. inilah yang terbaik. berapa banyak mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran , berjaya dan kaya di masa depan. telah dikatakan , TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH (disertai ikhtiar dan doa berterusan). Tidaklah adil jika semua orang diadili dengan hanya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata sedangkan setiap manusia ada kelebihannya. ingat , yang penting KEBERKATAN bukan KEPUTUSAN. usah peduli dengan kata-kata manusia yang suka menjatuhkan. yakinlah dengan kalam Allah.
Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka". Yakinlah. usaha sehabis daya dengan segala daya yang dikurniakan Allah. jangan putus asa. PUTUS ASA BUKAN SIFAT ORANG BERIMAN !


cari di mana kelebihan kita dan usaha ke arah itu. semoga berjaya untuk masa depan. semoga Allah memudahkan langkah kita. insha Allah. 

p/s : doakan saya. doakan semua. tabarakallah. may Allah bless <3


Kembali Kepada Fitrah

Assalamualaikum ,
Semoga semua pembaca dan penulis sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah. Amiin Insha Allah.




Bismillah.
Fitrah . Kita semua dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam.
penuh kesucian dan sejak dilahirkan lagi kita ini adalah ahli syurga.
tak percaya ? ingat tak pada ayah kita yang pertama ?
Nabi Adam A.S dijadikan di syurga dan merupakan penghuni syurga sejak awal lagi.
tetapi dengan bisikan Iblis Laknatullah yang sememangnya berdendam dengan manusia , Nabi Adam A.S diturunkan ke dunia bersama isterinya Siti Hawa.
namun, setelah kesalahan mereka itu, mereka kembali bertaubat dan menyucikan diri dan tidaklah mereka termasuk dalam golongan yang zalim.

sahabat , sedar tak kita yang kita sememangnya penghuni syurga.
namun, mengapa , kenapa dan kenapa kita tak mahu pulang ke kampung asal kita?
mengapa kita lebih memilih tempat yang bukan untuk kita duduk ?
kenapa ?
kita datang daripada Allah dan kita PASTI akan kembali kepadaNya.
lalu mengapa kita tidak mahu tunduk padaNya ? tidak mahu patuh padaNya?
kenapa kita sombong ?

Lihat diri kita sahabat.
kita tak ada apa . tangan kita , kaki kita , mata kita , hidung , mulut semua MILIK ALLAH.
apa kita nak banggakan sangat kalau kita hebat sekalipun ?
saya bagi contoh. kalaulah Allah tarik nikmat ibu jari. tak usah tangan.
ibu jari je . nak pegang pensel pun kita tak boleh.
nak pegang stereng kereta dengan betul pun tak boleh.
nampak tak kita ni HAMBA yang sangat MEMERLUKAN.
lalu, atas dasar apa kita tak mahu tunduk pada Allah sedangkan kita pinjam semua daripada Allah.
kalau kita tak mahu tunduk pada Allah , samalah kita macam tak sedar diri.
takada apa-apa. hamba yang hina dina tapi tak mahu tunduk pada Allah.
nauzubillah..

Renung balik.
adakah semua perintah Allah dan larangan Allah itu beban ?
tidak sahabat. tak beban pun.
itu untuk KEBAIKAN kita. bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita ?
DIA yang menciptakan kita. Dia tahu segalanya.
segala perintah dan larangan Allah sama sekali tidak memberi manfaat atau mudharat pada Allah.
kerana kalau kita derhaka sekalipun , Allah tetap Tuhan Yang Satu. yang Maha Kuasa , Yang Maha Tinggi. Dia tak terkesan sedikitpun atas perbuatan kita.
tapi yang rugi kita sahabat. kita yang rugi
Jiwa kita yang kosong . kita yang hilang arah.

Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Kitalah yang zalim pada diri kita.
sahabat , kalau Allah zalim , dia takkan utuskan nabi dan rasul daripada kalangan manusia untuk ingatkan kita. tapi, lihatlah. Allah kasihkan kita . Dia taknak kita ikut Iblis. Dia taknak kita ikut Syaitan.
tapi , sayang . kita ikut jugak. sedangkan sudah terang lagi bersuluh , SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KITA YANG NYATA walaupun kita tak nampak .

ada persoalan , kalau Allah itu BAIK , mengapa DIA ciptakan neraka ?
sayangku , kalau begitu di dunia mengapa wujudnya penjara? mengapa wujudnya mahkamah ?
Allah menciptakan neraka bagi mereka yang zalim .
Adilkah kalau pembunuh dah membunuh kemudian dia di akhirat dapat bersama kat syurga ?
Adilkah kalau perogol berjumpa dengan mangsanya di akhirat di syurga ?
Adilkah kalau orang yang zalim jumpa kembali dengan org yg dizaliminya di syurga nanti ?
Dan ADAKAH ALLAH ITU BAIK JIKA DIA TIDAK ADIL ?

sahabat , renung balik.
kalaulah segala perintah dan larangan Allah itu adalah untuk kepentingan Allah , adakah kita dijanjikan syurga ? adakah kita merasakan ketenangan ? adakah kita merasakan kebahagiaan ?
Subhanallah AllahuAkbar.
sahabat , tanya kembali. UNTUK SIAPAKAH MANFAAT ITU ?
untuk kita sendiri.
dan adakah satu bebanan jika kita merasa ketenangan saat melakukan suruhan Allah ?
adakah satu kongkongan jika kita merasa kebahagiaan saat meninggalkan larangan Allah ?


sahabat ,
sungguh . Allah itu Maha Penyayang. Rebutlah kasihNya sebelum terlambat.
BERUBAH sebelum REBAH
BERTAUBAT sebelum TERLAMBAT.
selagi nadi kita berdenyut , peluang taubat terbuka luas.
jangan ditangguh . takut terjatuh .
bergerak meskipun merangkak
berjalan meskipun perlahan

wallahualam.



Percaya PadaNYA :D

Assalamualaikum.


Allah . lama tak update blog. selalu rasa nak update sangat tapi tak ter-update . huhu
ok, percaya padaNya.

dalam hidup kita ni , apapun yang kita buat , kembalilah pada Allah.
kita suka , maka bersyukurlah,
kita sedih , maka redha dan bersabarlah.
insha Allah , everything is gonna be alright :D

sometimes , it is easier to say "BE STRONG" than to act strongly.
yes, we are humans. we fall , we are broken.
sometimes , we feel like we are alone. like no one is here to help. no one cares. no one wants to be here.
no, we are WRONG. this is SO WRONG !
we are NEVER EVER EVER  be alone.
Allah never leaves us.
even for a second. never, HE IS ALWAYS THERE FOR US.

Kasih sayang Allah itu masha Allah , sangat luas.
malah kasih sayangNYA melebihi kemurkaanNYA.
kita buat maksiat , kita taubat. Allah terima.
kita ulang lagi , kita taubat , Allah tetap terima.
kerana DIA tahu kita manusia yang penuh khilaf dan dosa.
tapi kita yang selalu AMBIL KESEMPATAN atas kasih sayang Allah.
kita tau Allah tu Maha Penyayang , lalu kita terus terusan melakukan maksiat tanpa rasa bersalah sedikit pun !
teruk kan kita sedangkan kita HAMBA YANG HINA.
kita ni dijadikan daripada tanah yang kita pijak pijak tu.
setelah itu kita dijadikan daripada air mani yang kosong dan jijik.
namun , kita sombong !
kita sombong pada Allah.
nak ucap Alhamdulillah pun susah.
nak tadah tangan berdoa pun payah.
malah nak angkat takbir untuk solat pun malas !
SOMBONG ! kita sombong pada pencipta kita.
tapi Allah tak pernah tinggalkan kita,
tak pernah sama sekali.
tak pernah Allah berkira setiap oksigen yang kita sedut.
tak pernah Allah berkira setiap nikmat yang dia beri.
dan nikmat Allah itu kalau kita hitung pun , rosak kalkulator. kerana tak terhitung banyaknya.

maka layakkah sebenarnya seorang HAMBA untuk menyombong di hadapan TUHANNYA ?


Allah itu Maha Tahu apa yang paling terbaik untuk hambaNya.
Allah itu Maha Tahu apa yang diperlukan oleh hambaNya.
Percayalah padaNya. yakinlah.
Allah itu sangat hampir. tapi mengapa kita yang meminggir ?

sungguh, ketentuan Allah tiada cacatnya.
yang bagi cacat tu , khilaf kita sendiri , dosa kita sendiri.

wallahualam.
akhirul kalam, jangan pernah ada rasa putus asa dengan rahmat Allah.
JANGAN PERNAH ADA.
setinggi mana dosamu , seluas mana dosamu , sebanyak apapun dosamu ,
Allah tetap di situ , menunggu lafaz taubat darimu.
DIA sentiasa melapangkan tanganNya untuk menerima taubat hambaNya.
lalu , apakah yang membuatmu putus asa ?
kembalilah kepada Allah.
masih belum terlambat.
jangan tunggu bila waktu tibanya murka Allah.
nauzubillah.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang tapi Allah juga Maha Berat SeksaanNya.
tidak. bukan DIA yang menzalimi kita. kita yang menzalimi diri sendiri.

Amiin Amiin ya Robbal 'alamiin. 




Pegangi Hatiku wahai Allah

Assalamualaikum:)

bismillah

Ya Allah 
Aku mohon kepadaMu 
teguhkanlah hati ini dalam segala urusan

Ya Allah
Aku pohon kepadaMu hati yang bersih 
lidah yang jujur
Aku mohon kepadaMu kebajikan yang Engkau 
ketahui dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan
yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau 
Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib

Ya Allah 
Engkau yang membolak-balikkan hati
Tetapkanlah hati kami di atas agamaMu 

Ya Allah
Engkau mengubah-ubah hati 
ubahlah hati kami atas ketaatan kepadaMu

Amiin ya Rabb .


sumber : Buku 100 pesanan terakhir Rasulullah. mudah-mudahan dapat saya habiskan baca buku ni. baru je beli. buku Langit Ilahi karya Hilal Asyraf pun belum sempat nak habiskan :(