Tiada Yang Mustahil Dengan Izin Allah

Assalamualaikum ,
lama sangat tak update blog. serius tengah ngantuk sangat sekarang tapi ditabahkan juga jari untuk menari nari di atas papan kekunci untuk menaip sesuatu di sini. okay , terus masuk pada point.

Dengan Nama Allah .

hari ini 21 Mac 2013. hari yang mendebarkan bagi semua pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2012. bagi saya juga, ya sangat mendebarkan. eheh.
tapi sebenarnya sejak dua menjak ni tak fikir sangat pasal result sebab sedang menabahkan hati untuk menerima apa jua keputusan . ini yang terbaik.

ok sahabat yang sudi membaca tulisan saya di sini ,
ingat. ini hanyalah PERMULAAN. panjang lagi perjalanan kita. banyak lagi ujian dan cabaran mendatang. kalau kita dah putus asa di PERMULAAN cerita , jadi macamana dengan PENGAKHIRAN cerita.
bagi saya , tiada siapa yang gagal . semuanya berjaya. semuanya mendapat yang terbaik. ini usaha kita. ini doa kita . ini ketentuanNya.

saya ingin berkongsi sedikit tips bagi kita semua dan untuk diri saya jugak . tips untuk berjaya. insha Allah mudah - mudahan bermanfaat .
ini ringkasan tazkirah saya dalam salah satu perjumpaan usrah sakinah. :)



Kecemerlangan Dunia Akhirat
1 - Antara ciri orang yang beriman ialah SERIUS dalam pelajaran. Bilamana kita serius dalam pelajaran , maka insha Allah kita akan berjaya dalam peperiksaan.Apa kaitan IMAN dengan berjaya dalam peperiksaan ?rasa macam pelik kan ?
ingat , " PELAJARAN KAMU ADALAH AMANAH ! kalau kita main-main dalam pelajaran , bermaksud kita tak melaksanakan amanah kita.


2 - bila kita nak berjaya , kita akan pasti berusaha sungguh-sungguh . kita mahukan orang Islam yang berjaya. yang berilmu . yang menguasai ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam suatu ketika dulu. maka , kita inilah yang kena usaha !


3 - Kecemerlangan tanpa KEIMANAN tiada makna. 


Bagaimana mahu berjaya ?
- USAHA , IKHTIAR :
- Doa : Usaha dan doa perlu seiring
- Tawakkal Apabila kamu berazam , maka bertawakkal lah. tawakkal mula daripada usaha itu sendiri. tawakkal takda erti dengan hanya DOA GOYANG KAKI. 
ingat , kita tak dinilai melalui apa yang kita dapat , tapi seberapa banyak USAHA kita . usahalah sungguh-sungguh , doa lah berterusan. tak mungkin Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang tak nampak usaha kita , tak dengar doa kita . tak mungkin kerana Allah sifatnya Maha Mendengar , Maha Melihat .

Wallahualam. tegur kalau silap.yang baik datang daripada Allah , Allah yang bagi kekuatan , Allah yang bagi ilmu.yang buruk , yang silap daripada saya sendiri yang banyak khilaf.Ambil mana yang baik. insha Allah. ♥

okay, ini pula bagi kita yang sedang baru nak mula melangkah ke masa depan.


bagi yang tidak mendapat seperti yang diharapkan, usahlah kecewa. inilah yang terbaik. sama ada sebagai pengajaran ataupun pengalaman. inilah yang terbaik. berapa banyak mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran , berjaya dan kaya di masa depan. telah dikatakan , TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH (disertai ikhtiar dan doa berterusan). Tidaklah adil jika semua orang diadili dengan hanya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata sedangkan setiap manusia ada kelebihannya. ingat , yang penting KEBERKATAN bukan KEPUTUSAN. usah peduli dengan kata-kata manusia yang suka menjatuhkan. yakinlah dengan kalam Allah.
Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka". Yakinlah. usaha sehabis daya dengan segala daya yang dikurniakan Allah. jangan putus asa. PUTUS ASA BUKAN SIFAT ORANG BERIMAN !


cari di mana kelebihan kita dan usaha ke arah itu. semoga berjaya untuk masa depan. semoga Allah memudahkan langkah kita. insha Allah. 

p/s : doakan saya. doakan semua. tabarakallah. may Allah bless <3


No comments: